Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengumpul jumlah bersih kempen sebanyak RM341.00 dan kempen telah tamat dilaksanakan. Kutipan yang diperolehi tidak mencapai sasaran yang dikehendaki.
Namun begitu, pihak kami akan tetap meneruskan usaha ini untuk menjayakan misi ini dalam membantu keluarga miskin yang disasarkan. Pelaksanaan program ini tidak dapat dilaksanakan secara beramai-ramai atas faktor kesihatan sekarang. Kaedah yang terbaik akan sentiasa difikirkan bagi mencapai matlamat program.
Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.