Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM34,965 / 34.97 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
1356 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"TELUR GORENG DAN SAYUR REBUS", itu sahaja yang mampu kami sediakan.
Pusat Jagaan Titian OKU Nur (Oku Nur) ini beralamat di No. 78, Jalan Sentosa, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang Selangor. Oku Nur diasaskan sejak lebih 10 tahun lalu dan tujuan utama adalah untuk menjaga warga tua dan orang OKU. Oku Nur menempatkan lebih 90 penghuni terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak berumur antara lapan bulan hingga 97 tahun. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang dan mempunyai masalah tersendiri. Ada yang mengalami kecacatan seperti lumpuh, sindrom down dan terencat akal. Ada juga mereka yang dari kalangan warga emas uzur yang menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Selain dari kesabaran yang tinggi untuk menguruskan mereka yang pelbagai karenah, dana kewangan juga adalah salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi pihak Oku Nur. Kos sewa premis, rawatan, lampin pakai buang dan banyak lagi keperluan lain terpaksa ditanggung. Buat masa ini pihak Oku Nur hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang prihatin dengan nasib penghuni di sini.
Demikian luahan pengasas dan penyelia Pusat Jagaan Titian OKU Nur Normah Adlan, 45. Ia antara pengalaman menyedihkan pernah dilaluinya sepanjang mengendalikan pusat jagaan berkenaan. Namun, dalam serba kepayahan itu, beliau tetap terus beristiqamah untuk membela nasib golongan-golongan terpinggir ini.
Oleh itu, kami dari Perubuhan Mihrab ingin mengajak tuan/puan bersama-sama kami membantu mengumpul dana bagi menampung keperluan pusat ini agar nasib setiap individu di pusat ini terjaga dan terbela.
Ayuhlah, kita bersama-sama menjayakan kempen ini bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan semoga anda diberikan kesenangan dalam setiap usaha yang telah dicurahkan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
FASA 1 : PUSAT JAGAAN TITIAN OKU & WARGA EMAS NUR agihan dibuat 16.11.2021
FASA 2 : PUSAT JAGAAN TITIAN OKU & WARGA EMAS NUR agihan dibuat pada 08.12.2021
FASA 3 : PUSAT JAGAAN TITIAN OKU & WARGA EMAS NUR agihan dibuat pada 31.03.2022
FASA 4 : PAWE KEMAMAN agihan dibuat pada 07.01.2023
FASA 5 : RUMAH JAGAAN AL-IKHLAS (PUCHONG), RUMAH JAGAAN, BAIT AL MAWWADAH (ULU YAM), PUSAT JAGAAN SRI MESRA (AMPANG), agihan dibuat pada 20.01.2023
Agihan bantuan kepada Pusat Jagaan OKU dan Orang Tua Annur, Rawang kali - 3.
Terima kasih kepada semua para penginfaq. Semoga Allah SWT memberkati infaq yang Tuan Puan berikan. Allah memenuhi hajat-hajat tuan puan. Amin.
Penyampaian bantuan barangan FASA KEDUA di Rumah Jagaan Titian OKU Nur, Rawang oleh sukarelawan Pertubuhan Mihrab pada 08/12/2021 RABU.
Invoice pembelian barangan sumbangan untuk diserahkan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur bagi bantuan fasa kedua.
Penyampaian bantuan barangan keperluan di Rumah Jagaan Titian OKU Nur, Rawang oleh sukarelawan Pertubuhan Mihrab pada 16/11/2021 SELASA.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2022
NAZEER KHAN BIN MOHD MAIDEEN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 06, 2022