Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Oct 16, 2023

REALISASIKAN HARAPAN CHE WAN ZAWAWI UNTUK KEMBALI MELIHAT

RM695 / 3.48 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sebelah mata hampir selesai dan usaha seterusnya mencari dana untuk sebelah lagi mata. Jom kita ringankan beban Che Wan Zawawi mendapatkan rawatan mata kiri beliau!


Kisah Che Wan Zawawi berumur 46 tahun merupakan OKU fizikal semenjak lahir. Impian beliau sebelum ini untuk dirawat di sebuah hospital terkemuka di Petaling Jaya gagal kerana beberapa masalah teknikal termasuk kerana keadaan fizikal Che Wan Zawawi. 



Alhamdulillah, usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapatkan bantuan akhirnya mendapat kerjasama daripada pihak Ikonik Eye Specialist dan General Health Centre (IES) di Bukit Jalil. Kos sebelah mata yang diperlukan lagi adalah RM5000 dan selebihnya adalah untuk kami membantu kelangsungan hidup beliau bersama dua anak yang masih perlu ditanggung. Harapan kami agar hasil sumbangan ini boleh meringankan beban Che Wan Zawawi untuk meneruskan hidup sehingga beliau benar-benar sembuh.



Prof Datuk Dr Muhaya yang telah berusaha untuk mendapatkan dana pembedahan sebelah mata Che Wan Zawawi. Proses pembedahan ini diketuai oleh Dr Punita dan mengambil masa kira-kira setengah jam dibantu beberapa kakitangan IESGHC yang lain.



Temubual bersama Che Wan Zawawi dan wartawan E hailing FM


Usaha terus digerakkan untuk melaksanakan pembedahan kedua yang perlu dilakukan seminggu selepas pembedahan pertama ini. Kami berharap agar ada pihak yang sudi untuk membiayai kos pembedahan yang kedua. Semoga segala jasa baik para penyumbang yang meringankan beban rawatan yang perlu ditanggung Che Wan ini dibalas dengan sebesar-besar ganjaran oleh Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat