Alhamdulillah, ada hamba Allah yang sudi membiayai rawatan pembedahan mata sebelah kiri Che Wan Zawawi. Semoga Allah memberi ganjaran terbesar buat hamba Allah ini.
Namun begitu, kami masih meneruskan kutipan ini untuk memberi sumbangan kelangsungan hidup buat keluarga Che Wan Zawawi ini. Hal ini kerana, ia mengambil masa selama 3 bulan untuk matanya sembuh kembali setelah rawatan pembedahan.
Kutipan ini juga adalah untuk perbelanjaan keluarga beliau disebabkan beliau menanggung 2 anak dan ibu mertua yang tinggal bersamanya sekarang.
Kami akan sentiasa mengemaskini perkembangan terbaru dari masa ke semasa kepada semua penyumbang. InshaaAllah.