
Assalamu'alaikum, terima kasih atas sumbangan ikhlas anda membantu PERKIM Bandar Tasik Puteri menjalankan kegiatan dakwah dan kebajikan serta misi kemanusiaan bukan sahaja secara lokal bahkan hingga ke Sabah.

Melalui sumbangan anda, pihak kami mampu terus melaksanakan Kelas Fardu Ain Muallaf walaupun sewa telah dinaikkan oleh pihak syarikat pemilik bangunan, sumbangan anda membantu kami meneruskan aktiviti ini.

Sumbangan anda juga membantu kami menampung kos logistik seperti sewa bot untuk mengangkut bantuan barang dapur ke pulau terpencil di Sabah yang merupakan asnaf fakir miskin terpinggir.

Untuk bulan Oktober 2025, bantuan dapat disalurkan untuk 150 keluarga, iaitu tambahan 132 keluarga kerana adanya dana untuk menyewa kenderaan dan sewa bot serta membeli barang dapur membantu penduduk pulau ini yang sedang menghadapi ribut dan hujan berpanjangan menyebabkan mereka tidak ke laut mencari rezeki.

Yang paling utama adalah sumbangan anda dapat membantu 18 ibu tunggal yang ada anak-anak yatim di pulau ini. Mereka belajar Al-Quran, fardu ain, selain diberikan pendidikan percuma membaca, menulis, mengira dan sebagainya.

Sumbangan anda juga membantu kami menyantuni OKU dengan kerusi roda dan juga menyelenggara van PERKIM serta membayar saguhati untuk pemandu tetap van ini menghantar para muallaf menghadiri kursus pemantanpan akidah dan solat anjuran JAWI dan JAIS.
Terima kasih atas sumbangan anda. Semoga dimurahkan rezeki anda.
Ayuh, teruskan mem