Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM12,336 / 30.84 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM40,000
483 Penyumbang
20 Baki Hari
Baru-baru ini pihak penyewa pejabat operasi yang juga pusat pengajian Muallaf, telah menaikkan sewa. Ini sesuatu yang di luar jangkaan kerana hampir semua harga barang juga naik.


PERKIM BTP sebagai NGO, kami bergantung 100% dengan sumbangan derma dari orang awam, korporat dan dana yang diraih melalui sumbangan.com. Selain operasi dakwah dan kebajikan di semenanjung, PERKIM BTP juga melaksanakan aktiviti yang sama di Sabah, khususnya di Lahad Datu dan Semporna serta pulau-pulau sekitarnya.

Antara kos operasi kami merangkumi sewa, utiliti dan penyelenggaraan Darul Fitrah di Selangor serta Rumah Mengaji di Sabah yang berfungsi sebagai pusat dakwah, pusat bimbingan agama khususnya untuk muallaf, pusat pengislaman, pejabat operasi, serta pusat pendidikan akademik dan agama.

Kos operasi bagi bahagian logistik meliputi penyelenggaraan, minyak serta elaun pemandu van PERKIM BTP, sewaan bot untuk misi dakwah dan kebajikan ke pulau-pulau di Sabah, pengangkutan bagi penghantaran bantuan barang dapur bulanan, serta pengurusan kematian mualaf.

Kos operasi juga melibatkan bantuan barang dapur bulanan untuk guru dan pembimbing Rumah Mengaji di Sabah, para mualaf di Selangor dan Sabah, anak-anak yatim di Sabah, serta keluarga miskin terpinggir di Sabah.

Dengan ini, kami dengan rendah hati memohon pertolongan dan jasa baik anda sekali lagi untuk membantu kami menampung dana operasi tersebut.

Kami mendoakan dengan setiap amal jariah sedekah yang anda berikan mnejadi sebahagian jihad di jalan Allah dan semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang diterima syurga. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2025