Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen

6/6/2025 : MERRY BROWN UNTUK ANAK-ANAK YATIM
Alhamdulillah, sempena Hari Arafah yang lalu, PERKIM BTP telah menaja jamuan makanan segera Merry Brown untuk 18 orang anak yatim di Pulau Kulapuan, Semporna.

Di pulau yang terpencil ini, anak-anak ini biasanya hanya makan nasi putih bersama ikan yang mereka tangkap di sekitar perairan tempat mereka tinggal. Makanan segera seperti ini merupakan satu bentuk kemewahan yang jarang mereka nikmati. Terima kasih atas sokongan anda kepada PERKIM BTP.
12/6/2025: BANTUAN BARANG DAPUR
Pada 12 Jun 2025 yang lalu, PERKIM BTP turut menghantar barangan dapur ke pulau ini untuk 18 keluarga anak yatim tersebut.

Beras sebanyak 15kg bagi setiap keluarga dianggarkan mencukupi untuk sebulan. Bagi mereka di pulau ini, asalkan ada beras, mereka sudah mampu meneruskan hidup, kerana lauk-pauk diperoleh terus dari laut.

Penghantaran barang dapur tersebut bukan sahaja mencabar kerana pulau ini di tengah laut, kami juga perlu menyewa bot khas untuk menghantar barang dapur yang dibeli dari Bandar Semporna.

Sekali lagi, jutaan terima kasih atas sumbangan dan sokongan anda kepada PERKIM BTP.

Semoga Allah SWT mengandakan ganjaran anda di bulan Zulhijjah ini.

Pada 1 Ramadhan, hari pertama puasa, kelas fardu ain muallaf telah diadakan dengan fokus membimbing muallaf berkaitan puasa dan takwa. Sumbangan buah kurma juga telah diberikan kepada semua yang hadir.
Terima kasih sumbangan anda semua.
Muallaf khususnya perlu terus disantuni khususnya di bulan Ramadhan ini supaya mereka terus istiqomah bersama Islam.
Ayuh bantu kami.

Gambar: Membimbing saudara baru solat secara praktikal.
Kelas Fardu Ain Muallaf, kelas khususnya untuk saudara baru yang masih baru memeluk Islam dan belum tahu solat dan mengaji Al-Quran. Ada pelajar Cina, India, Siam dan Bumiputera Sarawak.
Gambar: Selepas solat, memberi penerangan beberapa wirid ringkas dan doa. Mereka juga diingatkan kepentingan solat.
Melalui sumbangan anda, kami mampu membayar sewa dan menyediakan prasarana untuk membimbing saudara baru ini termasuk solat step by step dan mengaji Al-Quran.
Jazakallahu khair.

5 Rejab 1446 H / 5 Januari 2025
Hidayah milik Allah!
Jam 10.20 malam bertempat di kediaman Taman Kundang Jaya, Puan Aishah telah kembali kepada agama Fitrah di mana anak beliau sendiri telah disyahadahkan dengan dibimbing oleh PERKIM BTP. Puan Aishah, keturunan Tionghwa, didorong oleh anak beliau yang telah lama memeluk Islam serta menantu (Melayu Islam), akhirnya melahirkan hasrat ingin memeluk Islam kepada menantunya. Siapa sangka wanita berusia 87 tahun mendapat hidayah dari Allah SWT. Doakan semoga beliau terus istiqomah.
Bagi PERKIM BTP, ini adalah hari yang bersejarah untuk tahun 2025!
Ada seorang lagi wanita berketurunan Tionghwa juga, telah kami sampaikan mesej dakwah dan beliau juga melahirkan minat kepada Islam namun belum mampu membuat keputusan. Sama-sama kita doakan.
Terima kasih atas sumbangan anda yang terus memacu kami untuk sebarkan dakwah dan sebarkan salam.
#sebarkansalam
#perkimbtp