Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM6,285 / 25.14 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
216 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sekolah Kebangsaan SK Muput dan kawasan sekitarnya di pedalaman Sarawak sering ditenggelami air setiap kali musim tengkujuh hingga 6 kali setahun, belum termasuk banjir kilat yang berlaku hampir setiap kali hujan lebat turun melebihi satu jam.

6 Kali Banjir Setahun. 1 Penyelesaian: Rumah Terapung (Rumah Rakit)


Anak-anak yang belajar di sekolah ini tinggal di asrama sejak darjah satu lagi kerana kampung mereka jauh lagi di pedalaman dari sini. Guru-guru mereka, termasuk dari semenanjung, juga tinggal di kuarters sekolah ini.

Setiap kali banjir, asrama dan kuarters guru antara yang dinaiki air. Akibatnya, buku, peralatan mengajar dan dokumen penting serta tilam, bantal, selimut, dan pakaian musnah setiap kali banjir.

Ibubapa di sini tinggal di pedalaman yang lagi jauh dari sini dan kita tidak perlu fikirkan kemampuan mereka membantu sekolah anak-anak mereka ini.

Kami di Iltizam Relief Society telah membantu semampu mungkin dengan memulihkan asrama, kuarters guru dan pejabat guru dengan menggantikan barangan yang rosak dengan yang baharu. Namun, tiada jaminan untuk tidak banjir lagi!

Sekolah ini pernah hampir 100% tenggelam pada tahun 2018. Manakala dari Disember 2024 hingga March 2025 sekolah ini dilanda banjir besar sebanyak 6 kali dengan paras air sehingga paras pinggang di tingkat satu sekolah. Sokongan anda amat diperlukan untuk:
1. Pembinaan & pemasangan stor terapung
2. Pembelian bekalan penting & kalis air
3. Kos logistik untuk ke lokasi sekolah (lebih 3 jam perjalanan dengan kenderaan 4x4 melalui jalan balak dan laluan sukar)

Dengan sumbangan anda, kami boleh bantu:
1. Kurangkan kerugian akibat banjir
2. Pastikan sesi pembelajaran dapat disambung segera
3. Lindungi masa depan pendidikan anak-anak luar bandar

Sebagai penyelesaian jangka panjang, kami ingin bina sebuah stor terapung (rumah rakit) khas untuk sekolah ini, supaya semua barangan penting dapat disimpan dengan selamat, walaupun banjir besar melanda. Ayuh bantu kami sekarang. Setitis sumbangan anda adalah selaut harapan mereka!
Nabi SAW yang bersabda: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat.” (Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MOHD. FADZLI ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 23, 2025
SHAHIDAH BINTI KHALID
Menyumbang sebanyak RM60.00
Jun 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 23, 2025