ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jun 04, 2025

RAYUAN INFAQ RUMAH TERAPUNG DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK

RM6,285 / 25.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

216 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bantu kami bina 2 buah rumah rakit untuk menyelamatkan barang penting sekolah dan asrama SK Kuala Muput yang kerap dilanda banjir besar di pedalaman Sarawak sambil meraih pahala berterusan.


Sekolah Kebangsaan SK Muput dan kawasan sekitarnya di pedalaman Sarawak sering ditenggelami air setiap kali musim tengkujuh hingga 6 kali setahun, belum termasuk banjir kilat yang berlaku hampir setiap kali hujan lebat turun melebihi satu jam.



6 Kali Banjir Setahun. 1 Penyelesaian: Rumah Terapung (Rumah Rakit)




Anak-anak yang belajar di sekolah ini tinggal di asrama sejak darjah satu lagi kerana kampung mereka jauh lagi di pedalaman dari sini. Guru-guru mereka, termasuk dari semenanjung, juga tinggal di kuarters sekolah ini.



Setiap kali banjir, asrama dan kuarters guru antara yang dinaiki air. Akibatnya, buku, peralatan mengajar dan dokumen penting serta tilam, bantal, selimut, dan pakaian musnah setiap kali banjir.



Ibubapa di sini tinggal di pedalaman yang lagi jauh dari sini dan kita tidak perlu fikirkan kemampuan mereka membantu sekolah anak-anak mereka ini.



Kami di Iltizam Relief Society telah membantu semampu mungkin dengan memulihkan asrama, kuarters guru dan pejabat guru dengan menggantikan barangan yang rosak dengan yang baharu. Namun, tiada jaminan untuk tidak banjir lagi!



Sekolah ini pernah hampir 100% tenggelam pada tahun 2018. Manakala dari Disember 2024 hingga March 2025 sekolah ini dilanda banjir besar sebanyak 6 kali dengan paras air sehingga paras pinggang di tingkat satu sekolah. Sokongan anda amat diperlukan untuk:


1. Pembinaan & pemasangan stor terapung

2. Pembelian bekalan penting & kalis air

3. Kos logistik untuk ke lokasi sekolah (lebih 3 jam perjalanan dengan kenderaan 4x4 melalui jalan balak dan laluan sukar)



Dengan sumbangan anda, kami boleh bantu:


1. Kurangkan kerugian akibat banjir

2. Pastikan sesi pembelajaran dapat disambung segera

3. Lindungi masa depan pendidikan anak-anak luar bandar



Sebagai penyelesaian jangka panjang, kami ingin bina sebuah stor terapung (rumah rakit) khas untuk sekolah ini, supaya semua barangan penting dapat disimpan dengan selamat, walaupun banjir besar melanda. Ayuh bantu kami sekarang. Setitis sumbangan anda adalah selaut harapan mereka!


Nabi SAW yang bersabda: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jun 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 08, 2025

SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2025

MEOR ROSAZMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 06, 2025

Kempen Sumbangan Tamat