Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM575 / 1.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tiba sahaja bulan Ramadan, kita akan merancang juadah berbuka sepanjang satu minggu mahupun satu bulan. Berseronoklah kita menikmati juadah berbuka puasa dengan kepelbagaian lauk pauk beraneka macam.
Namun saudara saudari, perlu diingatkan bahawa masih ramai saudara kita akan menempuhi bulan puasa serba serbi kekurangan. Ramai di antara mereka yang hidup kais pagi makan kais petang makan petang, situasi menjadi lebih sukar apabila bahan mentah kini makin mahal. Pastinya mereka ini akan berkira-kira untuk mengharungi bulan puasa kali ini.

Sudah semestinya saudara saudari ketahui, bulan puasa ini ialah bulan untuk kita menggarap sebanyak mungkin pahala. Oleh itu, kami memberi peluang kepada saudara saudari untuk menyajikan mereka makanan bernutrisi sepanjang bulan puasa dengan menyumbang kepada kempen Rezeki Ramadan Islamic Relief Malaysia.

Matlamat kami pada Ramadan kali ini adalah untuk menyediakan pek makanan kepada ribuan penerima manfaat di seluruh Malaysia dan juga di luar negara. Antara makanan yang akan diberi kepada mereka berbentuk kurma, sardin, biskut, beras, gula, garam, minyak masak dan lain-lain lagi.
Kami jangkakan makanan ini mampu untuk bertahan sekurang-kurangnya 2 minggu sepanjang bulan Ramadan. 2 minggu ini lama saudara saudari. Bayangkan berapa ramai keluarga yang akan tersenyum gembira hasil sumbangan saudara saudari sekalian.

Mari hulurkan tangan dan ringankan bebanan mereka. Usaha saudara saudari sekali menjadi salah satu asbab ke pintu-pintu syurga kelak.
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut”
(Riwayat al-Tirmidzi: 807)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah telah selesai agihan Keperluan Dapur Bulan Ramadan di Masjid Jabal an Nur, Kapit, Sarawak kepada 50 buah keluarga.
Teruskan menyumbang kerana sumbangan anda menjadi hadiah dan harapan bermakna buat penerima.

Agihan pertama telah diadakan di KRT Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan kepada 100 keluarga.
Teruskan menyumbang kerana sumbangan anda menjadi hadiah dan harapan bermakna buat penerima.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 10, 2025
HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2025
G
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025