ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 05, 2023

SEDEKAH AIR MINUM UNTUK ASNAF DI BULAN RAMADHAN

RM1,020 / 34.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

73 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menjemput anda bersedekah air minum lebih awal untuk orang yang berpuasa Ramadhan. Jom tebarkan kebaikan anda untuk melepas dahaga mereka dan menjemput keberkahan Allah SWT.


Assalamualaikum Tuan dan Puan, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan sehat dan sejahtera. Tidak terasa Bulan Ramadhan akan tiba. Kurang lebih 2 bulan lagi, bulan yang penuh kemuliaan itu akan hadir. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita hingga dapat beribadah maksimal dan meraih rahmatNya.




Sudah pasti anda mengetahui keutamaan di bulan Ramadhan, di mana salah satunya ada pahala kebaikan akan dilipat gandakan 700 kali. MashaAllah, semoga kita termasuk hamba Allah yang dapat meraih pahala sekaligus rahmatNya yang tak terhingga seperti yang terdapat dalam kalam Allah SWT:


"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (Surah Al-Baqarah Ayat 245)



InshaAllah sedekah air minum ini menjadi salah satu pahala untuk menjemput keredhaan dan keberkahan Allah SWT. Bayangkan air minum yang anda berikan dilepaskan dahaga orang berpuasa pada saat bulan Ramadhan. Semoga Allah lipatkan ganjaran pahala kepada yang berpuasa dan kepada anda yang bersedekah.



Asar Humanity menjemput Tuan/Puan untuk meraih keutamaan sedekah. Salah satunya melalui sedekah air minum yang inshaAllah akan kami berikan kepada orang miskin, anak yatim, musafir, pelajar tahfiz dan asnaf yang berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat