English Bahasa
logo-small
Sedekah Sedekah Berterusan Wakaf Zakat Akikah Korban Mohon Kempen
Tentang Kami Hubungi Kami Terma & Syarat Soalan Lazim Caj Platform
Log Masuk

Belum berdaftar? Daftar sekarang!

Buat carian Kempen

Kembali Ke Kempen

SEDEKAH AL QURAN UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ YANG MEMERLUKAN

Perkembangan Kempen
  • Sep 23, 2024

    Alhamdulillah, penyaluran donasi Al-Qur'an telah dilaksanakan dengan baik di dua lokasi utama, iaitu Pondok Pesantren Khoiru Ummah dan TPA Mushola Al-Hidayah.



    Terima kasih kepada para donatur yang telah bersedekah melalui program ini. Setiap mushaf Al-Qur'an yang disampaikan telah diterima dengan penuh rasa syukur oleh para santri tahfiz yang sangat memerlukan.



    Santri tahfiz yang sedang berusaha menghafal Al-Qur'an kini dapat menggunakan mushaf yang lebih baik dan layak. Ini menjadi motivasi besar bagi mereka untuk terus mendalami ilmu agama dan menambah hafalan Al-Qur'an.



    Anak-anak yang belajar mengaji kini memiliki Al-Qur'an baru, menggantikan mushaf yang lama dan usang.


    ASAR Humanity mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada semua donatur atas sedekah yang telah diberikan.



    Semoga setiap ayat yang dibaca dan dihafal oleh para santri menjadi sadaqah jariah yang berterusan untuk kita semua. InsyaAllah, pahala dari sedekah ini akan mengalir tanpa henti dan membawa keberkahan dalam kehidupan kita.


    Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan pahala yang berlipat ganda dan memudahkan urusan kita di dunia serta akhirat. Aamiin.


Utama

Kempen

Peti Masuk

Akaun

Bakul