Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada 7 orang murid sekolah rendah di Kampung Babussalam, Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat.

Setiap pek yang diberikan mengandungi:
1 buah beg sekolah
1 pek buku tulis
1 buku gambar
1 pek pensil warna
1 pek pensil 2B
1 pengasah pensil & pemadam
1 kotak pensil

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga khabar ini menjumpai Tuan dan Puan dalam keadaan yang baik dan sejahtera.


Alhamdulillah, pasukan Asar Humanity telah mengagihkan bantuan keperluan pendidikan kepada pelajar tahfiz Qur'an di Rumah Tahfiz Rabiatul Adawiyah Cileungsi Bogor. Betapa bahagianya murid-murid ketika kami hantarkan beg sekolah yang baru dan juga kitab-kitab pembelajaran. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Semoga sumbangan yang telah anda berikan akan menjadi pahala jariyah dan penolong di hari akhir kelak. Jazakumullah khairan.

