ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 02, 2025

SEDEKAH BERAS UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

RM545 / 7.79 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama-sama kita berikan harapan dan kekuatan kepada penuntut ilmu di pusat pusat tahfiz. Sumbangan anda membantu kami membeli beras untuk mereka.


Bayangkan anak-anak kecil yang datang dari keluarga miskin, yatim, atau rumah tangga yang serba kekurangan. Ada yang tidak cukup makan, ada yang hidup dalam keadaan serba sempit, tetapi mereka masih memilih untuk belajar al-Quran dan mendalami Islam.


Alhamdulillah, melalui Program Sedekah Beras Santri, ASAR Humanity kini menyokong lebih daripada 50 maahad tahfiz dan pusat al-Quran yang beroperasi tanpa keuntungan. Di sinilah anak-anak dari keluarga asnaf, yatim piatu dan kurang berkemampuan diberi peluang menimba ilmu agama tanpa perlu risau tentang bayaran atau yuran.



Namun, keperluan asas mereka tetap mendesak. Setiap hari, pihak maahad berusaha menyediakan makanan walaupun dengan sumber yang amat terhad. Dengan izin Allah dan sokongan kita semua, setiap minggu kami menghantar bantuan makanan asas seperti beras, lauk, sayur, buah-buahan dan sumber protein ke maahad-maahad ini.


"Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga ia merasa kenyang, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain." (Riwayat Tabarani)



Dengan sedekah beras dan makanan asas, kita bukan sahaja mengenyangkan perut mereka tetapi juga membina generasi pewaris Islam yang lebih kukuh akidah dan akhlaknya. Mari bersama-sama kita berikan harapan dan kekuatan kepada penuntut ilmu ini. Sumbangkan beras, protein, sayuran, buah-buahan atau keperluan asas. Semoga setiap butir nasi yang mereka makan menjadi pahala berpanjangan untuk kita di akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

Oct 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2025

Kempen Sumbangan Tamat