Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM545 / 7.79 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
37 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bayangkan anak-anak kecil yang datang dari keluarga miskin, yatim, atau rumah tangga yang serba kekurangan. Ada yang tidak cukup makan, ada yang hidup dalam keadaan serba sempit, tetapi mereka masih memilih untuk belajar al-Quran dan mendalami Islam.
Alhamdulillah, melalui Program Sedekah Beras Santri, ASAR Humanity kini menyokong lebih daripada 50 maahad tahfiz dan pusat al-Quran yang beroperasi tanpa keuntungan. Di sinilah anak-anak dari keluarga asnaf, yatim piatu dan kurang berkemampuan diberi peluang menimba ilmu agama tanpa perlu risau tentang bayaran atau yuran.

Namun, keperluan asas mereka tetap mendesak. Setiap hari, pihak maahad berusaha menyediakan makanan walaupun dengan sumber yang amat terhad. Dengan izin Allah dan sokongan kita semua, setiap minggu kami menghantar bantuan makanan asas seperti beras, lauk, sayur, buah-buahan dan sumber protein ke maahad-maahad ini.
"Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga ia merasa kenyang, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain." (Riwayat Tabarani)

Dengan sedekah beras dan makanan asas, kita bukan sahaja mengenyangkan perut mereka tetapi juga membina generasi pewaris Islam yang lebih kukuh akidah dan akhlaknya. Mari bersama-sama kita berikan harapan dan kekuatan kepada penuntut ilmu ini. Sumbangkan beras, protein, sayuran, buah-buahan atau keperluan asas. Semoga setiap butir nasi yang mereka makan menjadi pahala berpanjangan untuk kita di akhirat kelak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NORZIMA BINTI KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM60.00
Sep 03, 2025