Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM670 / 6.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ini tahun ke-4 kami mengadakan program korban dengan menyembelih beberapa ekor kambing atau lembu korban yang disaksikan oleh anak-anak yatim dan mualaf serta asnaf miskin.


Sebahagian daging korban ini kami masak dan sajikan dengan penuh kasih sayang kepada mereka dan sebahagian lagi daging mentah diberikan kepada mualaf dan asnaf.

Melalui program kecil ini, anak-anak yatim dan muallaf dapat merasai kemeriahan dan keberkatan Hari Raya Aidiladha. Walaupun anak-anak yatim ini tiada ibubapa atau tiada bapa, namun kita semua ada untuk mereka, memberi sedikit kegembiraan di hari yang mulia ini.

Dalam kalangan mualaf pula, khususnya yang baharu memeluk Islam, ibadah korban adalah sesuatu pengalaman yang luar biasa bagi mereka. Mereka juga belajar cara sembelihan halal ketika program ini.

Sumbangan anda amat diperlukan untuk membeli kambing atau lembu, sasaran kami adalah 10 ekor kambing atau 2 ekor lembu, yang akan disembelih pada Hari Raya Korban nanti.

Oleh kerana ini adalah kempen sedekah daging, anda boleh sedekah seikhlas hati. Apabila cukup untuk seekor kambing atau seekor lembu, kami letak nama anak yatim dan mualaf sebagai peserta korban. Ini diharuskan, rujuk pautan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor. Mari bersama-sama kita ceriakan hati mereka dengan sedikit kasih sayang dan kebahagiaan. Sumbangan anda membawa makna besar dalam hidup mereka. Terima kasih di atas keprihatinan anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 01, 2025
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 06, 2025