Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM405 / 2.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
33 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tahun lalu, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang di sumbangan.com, ASAR Humanity berjaya melaksanakan Ibadah Qurban di bumi Afrika. Daging qurban diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukan iaitu saudara Muslim kita yang hidup dalam kemiskinan, kelaparan dan kekurangan nutrisi.
"Biar sejauh mana mereka berada, Aidiladha tetap milik semua."

Tahun ini, kami kembali dengan harapan lebih besar. Fokus kami adalah di Kenya, Somalia, dan beberapa negara Afrika lain yang mana majoriti umat Islamnya hanya mampu bermimpi untuk merasai daging, walaupun hanya sekali dalam setahun iaitu pada hari Aidiladha.

Di sana, malnutrisi bukan lagi isu terpencil, tetapi krisis harian. Anak-anak membesar tanpa khasiat mencukupi, dan keluarga bertarung untuk terus hidup. Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda untuk turut serta dalam ibadah qurban ke luar negara, dan menyumbangkan sebahagian rezeki anda untuk mereka yang memerlukan.

Walaupun anda tidak mampu menunaikan 1 bahagian penuh, anda masih boleh memberi sumbangan seikhlas hati, dan ia tetap menjadi saham akhirat. Sabda Nabi SAW:
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(HR. Bukhari & Muslim)
Bayangkan senyuman anak-anak di Somalia yang tidak pernah merasa daging, atau seorang ibu di Kenya yang akhirnya dapat menghidangkan lauk istimewa untuk keluarganya. Inilah qurban yang membawa makna besar, bukan sekadar ibadah…tetapi harapan dan kasih sayang merentas benua.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Assalamualaikum Penyebar Kebaikan!

Mari kita gandakan pahala dan kebahagiaan di 10 hari terakhir Zulhijjah ini. Waktu terbaik untuk menyebarkan rezeki dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di Indonesia Africa dan Palestin.

Qurban bukan hanya ibadah, tapi lambang kasih sayang dan kepedulian.
“Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, melainkan Allah akan menambah keberkatannya.” (HR. Muslim)

Mari bersama ASAR Humanity menyebarkan keberkatan dan senyuman.
Klik link untuk berqurban: https://sumbangan.com/sedekahdagingfasa1
Salam hangat,
ASAR Humanity
#BuatBaik
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 24, 2025