ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 20, 2025

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK SAUDARA MUSLIM DI AFRIKA

RM405 / 2.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom Qurban di Afrika bersama ASAR Humanity. Jadikan Aidiladha tahun ini lebih bermakna untuk anda, dan untuk mereka.


Tahun lalu, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang di sumbangan.com, ASAR Humanity berjaya melaksanakan Ibadah Qurban di bumi Afrika. Daging qurban diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukan iaitu saudara Muslim kita yang hidup dalam kemiskinan, kelaparan dan kekurangan nutrisi.


"Biar sejauh mana mereka berada, Aidiladha tetap milik semua."



Tahun ini, kami kembali dengan harapan lebih besar. Fokus kami adalah di Kenya, Somalia, dan beberapa negara Afrika lain yang mana majoriti umat Islamnya hanya mampu bermimpi untuk merasai daging, walaupun hanya sekali dalam setahun iaitu pada hari Aidiladha.



Di sana, malnutrisi bukan lagi isu terpencil, tetapi krisis harian. Anak-anak membesar tanpa khasiat mencukupi, dan keluarga bertarung untuk terus hidup. Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda untuk turut serta dalam ibadah qurban ke luar negara, dan menyumbangkan sebahagian rezeki anda untuk mereka yang memerlukan.



Walaupun anda tidak mampu menunaikan 1 bahagian penuh, anda masih boleh memberi sumbangan seikhlas hati, dan ia tetap menjadi saham akhirat. Sabda Nabi SAW:


"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

(HR. Bukhari & Muslim)


Bayangkan senyuman anak-anak di Somalia yang tidak pernah merasa daging, atau seorang ibu di Kenya yang akhirnya dapat menghidangkan lauk istimewa untuk keluarganya. Inilah qurban yang membawa makna besar, bukan sekadar ibadah…tetapi harapan dan kasih sayang merentas benua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2025

SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2025

Kempen Sumbangan Tamat