ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 24, 2023

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DHUAFA

RM145 / 4.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom persiapkan sedekah daging korban lebih awal untuk pelajar maahad tahfiz dhuafa yang hanya sesekali makan daging di hari raya!


Semoga anda dalam keadaan baik dan sejahtera. Akhir Juni nanti kita akan merayakan Hari Raya Aidiladha. Ada satu ibadah mulia yang Allah SWT perintahkan pada umat Islam selama hari raya tersebut dan diikuti 3 hari tasyrik iaitu Ibadah berkorban (udhiyah). Sebagaimana perintah berkorban salah satunya terdapat dalam (Quran Surah Al-Hajj 22:34-35)


"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat."



"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya." (Quran Surah Al-Hajj 22:34-35)



Asar Humanity menjemput anda semua untuk bersedekah daging korban untuk diagihkan kepada pelajar yang duduk di maahad-maahad tahfiz. Kebanyakan dari mereka adalah anak yatim dan juga berasal dari keluarga dhuafa yang berkekurangan.




Adapun yang belum mampu menunaikan 1 haiwan qurban, anda dapat bersedekah mulai dari RM10. Ini adalah salah satu ikhtiar untuk membiasakan melakukan ibadah mulia. Amalan ini juga untuk berkhidmat taat kepada Allah SWT, memohon rezeki agar selalu dapat beribadah di jalanNya. Lebih dari itu, keistimewaan berkorban adalah salah satu ibadah yang bernilai derma dan memberikan kebahagiaan kepada orang lain.



Anda juga boleh menunaikan korban kambing seharga RM759 untuk satu nama pekorban atau seekor lembu seharga RM5306 untuk 7 nama pekorban. Pada momentum Aidiladha nanti inshaAllah kebahagiaan akan menjadi milik semua orang. Kutipan sumbangan dari anda akan kami agihkan sampai cukup untuk membeli haiwan korban. Setelah disembelih, daging korban akan dihantarkan kepada maahad-maahad dhuafa. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

AINI ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat