ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 21, 2022

SEDEKAH DAGING BERKHASIAT UNTUK PELAJAR TAHFIZ YATIM

RM275 / 6.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Banyak pelajar tahfiz yatim sedang berjuang mengamalkan hadis Nabi Muhammad SAW dengan menuntut ilmu. Mari kita iringi perjuangan mereka dengan menghantar hadiah berupa pakej daging berkhasiat ini.


“Tuntutlah ilmu walaupun pergi ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah kewajipan atas setiap muslim.” (Imam Al Baihaqi dalam Shu’abul Iman, No. 1612)


Dalam hadis ini, Rasulullah SAW berpesan agar kita menuntut ilmu hingga ke negeri China, ini juga bermakna bahawa Rasulullah SAW berpesan agar kita meninggalkan kampung halaman atau merantau.



Inilah salah satu hal yang menyebabkan pelajar sanggup meninggalkan kampung halaman dan pergi jauh untuk belajar. Seperti pelajar yang berada di Maahad Al Mursal, di mana maahad ini terletak di pinggir Cianjur Jawa Barat, Indonesia. Namun malangnya, keadaan maahad ini sungguh menyedihkan lebih lagi jalan masuk yang sempit dan rumit untuk mengunjungi maahad ini.



Bangunan di Maahad juga sudah hampir roboh dan bumbungnya juga sudah mula berlubang. Maahad ini juga kurang mendapat perhatian orang sekitar kerana lokasinya yang jauh dan sukar untuk dicapai. Oleh karenanya, melalui program Sedekah Daging Berkhasiat, marilah sama-sama kita menghulurkan hadiah makanan berkhasiat kepada pelajar yang hidupnya kurang mendapat perhatian masyarakat setempat seperti pelajar di Maahad Al Mursal Cianjur.



Dengan mengirimkan hadiah berupa daging, inshaAllah akan menjadi penguat bagi pelajar di Maahad Al Mursal dan juga maahad lain di serata Indonesia dalam menuntut ilmu. Supaya mereka tidak merasa keseorangan ketika tinggal di maahad kerana banyak orang yang menyayangi mereka.



Berapa sahaja sedekah yang anda berikan, inshaAllah akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan berkhasiat yang berisi daging untuk pelajar tahfiz yatim di Indonesia yang sedang berjuang menuntut ilmu mengikut nasihat Rasulullah SAW.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat