MAHARZ COUNSELLING CENTRE

Dimulakan pada Aug 08, 2023

DANA SESI KAUNSELING PERCUMA

RM10 / 0.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala membantu mereka, ramai B40 dalam kesusahan perlukan khidmat kaunseling sebenarnya. Ayuh kita semua sokong mereka!


Masalah kesihatan mental seperti anxiety (kebimbangan), depression (kemurungan) dan stress (tekanan melampau) kian meruncing dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah tersebut sekiranya tidak dibendung boleh membarah dan mendatangkan mudarat yang buruk kepada individu, keluarga dan masyarakat seperti mencederakan diri sendiri, risiko bunuh diri, krisis rumahtangga yang cenderung ke arah penceraian dan kes jenayah.



MashaAllah, Allah SWT izinkan kami menerima mesej begitu ramai penduduk yang daif dan hidup dalam kesusahan memerlukan khidmat kaunseling di mana mereka ada yang telah bercerai kerana terpaksa menunggu giliran yang agak lama sehingga mereka mencari pusat kaunseling swasta. 



Majoriti yang menghadiri sesi kaunseling di pusat kami terdiri daripada golongan B40 yang datang dari sekitar Kedah dan Pulau Pinang di mana mereka sangat memerlukan sesi kaunseling di Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani tetapi mereka tidak berkemampuan untuk membayar caj yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.



Sesi Kaunseling Individu di Pusat Kaunseling MAHARZ Sungai Petani


Berikut merupakan gambar-gambar sesi kaunseling yang telah diambil dengan keizinan mereka tetapi gambar tersebut terpaksa dikaburkan demi menjaga etika kerahsiaan sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Kaunselor 580 Etika Kerahsiaan.



Sesi Kaunseling Kelompok bersama Banduan PAROL Sungai Petani


Justeru, pihak kami menerusi budi bicara kaunselor berdaftar tetap menjalankan kebanyakan sesi kaunseling itu secara percuma sejak tahun 2020 ketika negara dilanda PKP kerana kami mengutamakan jiwa manusia dan keharmonian rumahtangga. Namun begitu, kos pengurusan dan kos fasiliti yang tinggi menyebabkan pihak kami tidak lagi mampu memberi kepada golongan yang memerlukan itu secara percuma sepenuhnya. 



Pusat Kaunseling MAHARZ adalah pusat kaunseling komuniti yang tidak mendapat dana dari mana-mana pihak sebelum ini yang konsisten memberi perkhidmatan sesi kaunseling individu, keluarga, perkahwinan, kelompok dan kerjaya yang dikendalikan oleh dua orang kaunselor tetap. Ayuh bantu golongan B40 yang mengalami masalah anxiety, depression dan stress demi kehidupan yang lebih baik.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat