MAHARZ COUNSELLING CENTRE

Aktif sejak Jun 16, 2023

Tentang Penganjur


Pusat Kaunseling Maharz merupakan Pusat Kaunseling Komuniti Swasta yang bertempat di Sungai Petani Kedah yang ditubuhkan bermula tahun 2020 tanpa sebarang dana dari mana mana pihak. 



Kempen ini dijalankan bertujuan untuk mengumpul dana menampung yuran yang tidak mampu dibayar oleh golongan yang memerlukan mengikut budi bicara Kaunselor sama ada mereka mampu membayar 30%-70% dari caj perkhidmatan atau sepenuhnya tidak mampu membayar maka kami berikan khidmat kepada mereka secara percuma bersyarat iaitu mereka dikehendaki mengisi borang yang membuktikan pendapatan dan keadaan kewangan semasa mereka. Caj perkhidmatan kami adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia


Disebabkan kami juga memerlukan kos peruntukan untuk meneruskan operasi di sini, maka kami tidak berkemampuan untuk mendanai mereka yang memerlukan secara berterusan. Semoga dengan medium ini dapat membantu sedikit sebanyak kehidupan golongan memerlukan itu menjadi lebih baik seperti pasangan yang mahu berpisah dapat kembali harmoni, individu yang cenderung untuk mencederakan diri atau membunuh diri dapat diselamatkan dengan asbab mereka menjalani sesi kaunseling. 

372A, KAMPUNG RAJA, JALAN KUALA KETIL, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH , 08000 , SUNGAI PETANI, Kedah, Malaysia
pusatkaunselingmaharz@gmail.com
1133024255
44246030