Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, dengan izin Allah, program Humanitrip terbaru kami di Yogyakarta telah berjaya dilaksanakan!
Kali ini, kami membawa anak-anak yatim untuk makan bersama di restoran dan bermain di taman permainan. Program ini lahir dari keinginan kami untuk memberi mereka kenangan indah serta momen berharga dalam zaman kanak-kanak mereka.

Ada di antara mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke taman permainan, ada juga yang belum pernah merasa makan di restoran. Melihat wajah mereka yang penuh gembira adalah hadiah paling besar buat kami semua.

Melalui sokongan tuan/puan dan sumbangan sedekah, kami bukan sahaja dapat membawa anak-anak ini keluar menikmati hidangan, tetapi juga dapat memberikan bekalan makanan untuk rumah anak yatim agar mereka terus terjaga.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan dan melimpahkan rahmat-Nya kepada tuan/puan yang sentiasa menyokong misi kami.
Jazakumullahu khairan katsiran.
https://sumbangan.com/bahagiakananakyatim
Alhamdulillah, satu lagi langkah positif telah berjaya dilaksanakan melalui Program Pemberdayaan Komuniti ASAR Humanity. Baru-baru ini, kami telah menjalankan aktiviti pelepasan anak ikan sebagai usaha menyokong pembangunan sumber makanan lestari di Maahad Darul Amanah, sebuah sekolah Islam percuma yang komited membantu generasi muda melalui pendidikan dan latihan kemahiran hidup.

Dengan kerjasama erat antara ASAR Humanity dan Maahad Darul Amanah, para pelajar diberi pendedahan dan latihan dalam bidang ternakan ikan, bertujuan untuk membantu meningkatkan sumber makanan bagi pihak maahad dan juga memastikan pelajar mendapat pemakanan yang lebih baik dan seimbang.

Sekolah ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat kerana membantu mereka menjayakan inisiatif ini. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut makanan, tetapi juga melatih pelajar dengan kemahiran yang mampu menjadikan mereka lebih berdikari dan berdaya tahan dalam kehidupan.

Semoga program ini menjadi contoh kepada lebih banyak maahad dan komuniti di seluruh negara untuk membina kehidupan yang lebih lestari dan seimbang, sambil kita terus mengumpul pahala melalui wakaf dan infaq yang memberi kesan jangka panjang.
“Satu sumbangan kecil hari ini, membina kehidupan berdikari untuk masa depan.”
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!