Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM470 / 9.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bersedekah di hari Jumaat adalah salah satu amalan mulia yang dianjurkan dalam Islam. Ia menjadi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT sambil membantu mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity kembali mengunjungi Azhary, seorang anak yatim piatu yang telah beberapa kali menerima bantuan daripada kami.


Namun, Azhary hanyalah salah satu daripada ramai anak yatim yang kami bantu. Masih ada ramai lagi anak-anak yatim dan dhuafa yang memerlukan sokongan kita. Melalui kempen ini, kami mengajak para penderma untuk bersama-sama berkongsi rezeki demi menyokong lebih ramai anak yatim yang memerlukan.

Dana yang terkumpul akan digunakan untuk menghantar pakej makanan berzat, menampung kos harian, memenuhi keperluan asas, serta memberikan bantuan pendidikan kepada mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, dengan izin Allah, program Humanitrip terbaru kami di Yogyakarta telah berjaya dilaksanakan!
Kali ini, kami membawa anak-anak yatim untuk makan bersama di restoran dan bermain di taman permainan. Program ini lahir dari keinginan kami untuk memberi mereka kenangan indah serta momen berharga dalam zaman kanak-kanak mereka.

Ada di antara mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke taman permainan, ada juga yang belum pernah merasa makan di restoran. Melihat wajah mereka yang penuh gembira adalah hadiah paling besar buat kami semua.

Melalui sokongan tuan/puan dan sumbangan sedekah, kami bukan sahaja dapat membawa anak-anak ini keluar menikmati hidangan, tetapi juga dapat memberikan bekalan makanan untuk rumah anak yatim agar mereka terus terjaga.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan dan melimpahkan rahmat-Nya kepada tuan/puan yang sentiasa menyokong misi kami.
Jazakumullahu khairan katsiran.
https://sumbangan.com/bahagiakananakyatim
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025
ABDUL FAISEL BIN ABDUL GHANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025
ZAINAB BINTI KA’ALAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025