ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 31, 2025

SEDEKAH JUMAAT 4 PEK MAKANAN UNTUK ANAK YATIM

RM470 / 9.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berkongsi sedekah di hari Jumaat bersama ASAR Humanity. Jom jadikan Jumaat ini lebih bermakna dengan sedekah anda!


Bersedekah di hari Jumaat adalah salah satu amalan mulia yang dianjurkan dalam Islam. Ia menjadi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT sambil membantu mereka yang memerlukan.



Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity kembali mengunjungi Azhary, seorang anak yatim piatu yang telah beberapa kali menerima bantuan daripada kami.



Alhamdulillah, Azhary kini kelihatan semakin besar dan sihat sejak kali pertama kami bertemu dengannya. Dalam kunjungan kali ini, kami menghantarkan stok makanan bulanan untuk Azhary dan keluarganya serta dana bantuan pendidikan.



Namun, Azhary hanyalah salah satu daripada ramai anak yatim yang kami bantu. Masih ada ramai lagi anak-anak yatim dan dhuafa yang memerlukan sokongan kita. Melalui kempen ini, kami mengajak para penderma untuk bersama-sama berkongsi rezeki demi menyokong lebih ramai anak yatim yang memerlukan.



Dana yang terkumpul akan digunakan untuk menghantar pakej makanan berzat, menampung kos harian, memenuhi keperluan asas, serta memberikan bantuan pendidikan kepada mereka. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat