Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,800 / 45.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
87 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pendidikan adalah perkara yang menjadi perhatian sesetengah orang. Dari didikan yang betul, seseorang itu akan mempunyai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupannya. Tambahan juga, pendidikan ini bukan sahaja mengenai pendidikan umum tetapi juga pendidikan agama.
Di mana dengan seimbangnya pendidikan dan ilmu yang diperolehi, inshaAllah kehidupan yang dijalaninya juga akan seimbang. Namun, tidak semua orang boleh mendapat pendidikan yang sempurna, salah satunya pelajar di Maahad Riadul Quran Addarussiyah, Cianjur, Jawa Barat. Seramai 205 orang pelajar terdiri daripada 85 orang pelajar yang tinggal di maahad dan 120 orang lagi tidak tinggal di maahad. Kebanyakan pelajar yang belajar di maahad adalah anak yatim dan keluarga dhuafa.
Setakat ini, kos operasi maahad masih bergantung kepada dana bantuan operasi sekolah dan mencari penderma atau menggunakan dana peribadi. Hal ini tentunya sukar dilakukan, lebih-lebih lagi setiap bulan maahad perlu membayar RM1129.03 untuk membayar guru-guru yang mengajar di maahad tersebut. Jika tiada wang masuk, maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran mungkin terhenti kerana tiada wang untuk membayar guru dan juga untuk menampung keperluan pelajar.
Namun bukan maahad ini sahaja yang mengalami situasi seperti ini, malah ramai lagi maahad ataupun madrasah yang mengalami nasib yang sama. Lebih-lebih lagi selepas gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah Cianjur, Jawa Barat pada isnin, 21 November 2022. Ramai pelajar dan fasilitas pendidikan terjejas akibat bencana ini. Salah satunya ialah Madrasah At-Taqwa yang mempunyai lebih kurang 50 orang pelajar yang mana keadaan maahad sekarang sudah rata dengan tanah.
Demi terus menggemakan ilmu Allah SWT, maka perlu adanya sokongan dana operasi yang akan digunakan untuk menampung keperluan belajar mengajar di maahad. Oleh karena itu, marilah kita sama-sama membantu membiayai pendidikan maahad-maahad Indonesia yang memerlukannya. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan sangat bermanfaat untuk kemajuan dan kelancaran pendidikan.
InshaAllah, sedekah Jumaat yang anda sumbangkan akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan, keperluan membeli buku, biasiswa, dan keperluan lain.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari Jumaat terakhir di bulan Muharram, jangan sampai terlepas melakukan amalan shalih di bulan haram awal tahun baru 1445 Hijrah ini, karena untuk bulan haram selanjutnya kita harus menunggu 4 bulan hadapan iaitu pada bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari Jumaat di tengah bulan Muharram, mari perbanyak bershalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam diartikan secara sederhana yakni rajanya hari. Hal ini dikarenakan hari Jumaat mempunyai keistimewaan dibandingkan hari lain. Kata Jumaat diambil dari kata “jama'a” yang artinya berkumpul.
Dekatkan diri kita kepada kekasih Allah SWT, agar mudah kita merayu rahmatNya. Ada waktu utama di hari Jumaat untuk berdoa dan bermunajat kepadaNya iaitu di waktu setelah Ashar hingga waktu Maghrib. Jangan sampai terlewat ya.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah Allah SWT cukupkan umur kita sampai di hari Jumat berkah masih dalam bulan Zulkaedah, iaitu bulan yang termasuk dalam bulan haram di mana Allah SWT perintahkan langsung dalam Al Quran untuk menghormatinya.
Ayuh, jangan sampai terlepas dari keberkahan yang berlipat ganda melalui infaq Jumat di bulan Zulkaedah.
“Wahai orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum datang hari (kiamat) yang tiada jual-beli padanya dan tiada sahabat (yang memberi manfaat), serta tiada pula pertolongan syafaat. Dan orang kafir itu adalah orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 254)
Anda boleh berinfaq untuk program kemanusiaan Asar Humanity dalam tautan di bawah ini. Jazakumullah khairan.
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Alhamdulillah kita sampai pada hari Jumat kedua di bulan Ramadan. Jangan terlewat keberkahannya!
Jom raih rahmat Allah SWT dengan amalan kebaikan, salah satunya adalah sedekah.
SITI ROHAIDAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2022
ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH, ALLAHYARHAM BAKHTIAR EFFENDI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 29, 2022