ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 24, 2022

SEDEKAH JUMAAT MENYOKONG MAAHAD TAHFIZ TERJEJAS GEMPA CIANJUR INDONESIA

RM1,800 / 45.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

87 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Maahad terhad dengan dana malah terjadinya bencana pula, banyak maahad memerlukan bantuan untuk kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jom kita bantu mereka!


Pendidikan adalah perkara yang menjadi perhatian sesetengah orang. Dari didikan yang betul, seseorang itu akan mempunyai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupannya. Tambahan juga, pendidikan ini bukan sahaja mengenai pendidikan umum tetapi juga pendidikan agama.



Di mana dengan seimbangnya pendidikan dan ilmu yang diperolehi, inshaAllah kehidupan yang dijalaninya juga akan seimbang. Namun, tidak semua orang boleh mendapat pendidikan yang sempurna, salah satunya pelajar di Maahad Riadul Quran Addarussiyah, Cianjur, Jawa Barat. Seramai 205 orang pelajar terdiri daripada 85 orang pelajar yang tinggal di maahad dan 120 orang lagi tidak tinggal di maahad. Kebanyakan pelajar yang belajar di maahad adalah anak yatim dan keluarga dhuafa.



Setakat ini, kos operasi maahad masih bergantung kepada dana bantuan operasi sekolah dan mencari penderma atau menggunakan dana peribadi. Hal ini tentunya sukar dilakukan, lebih-lebih lagi setiap bulan maahad perlu membayar RM1129.03 untuk membayar guru-guru yang mengajar di maahad tersebut. Jika tiada wang masuk, maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran mungkin terhenti kerana tiada wang untuk membayar guru dan juga untuk menampung keperluan pelajar.



Namun bukan maahad ini sahaja yang mengalami situasi seperti ini, malah ramai lagi maahad ataupun madrasah yang mengalami nasib yang sama. Lebih-lebih lagi selepas gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah Cianjur, Jawa Barat pada isnin, 21 November 2022. Ramai pelajar dan fasilitas pendidikan terjejas akibat bencana ini. Salah satunya ialah Madrasah At-Taqwa yang mempunyai lebih kurang 50 orang pelajar yang mana keadaan maahad sekarang sudah rata dengan tanah.


Demi terus menggemakan ilmu Allah SWT, maka perlu adanya sokongan dana operasi yang akan digunakan untuk menampung keperluan belajar mengajar di maahad. Oleh karena itu, marilah kita sama-sama membantu membiayai pendidikan maahad-maahad Indonesia yang memerlukannya. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan sangat bermanfaat untuk kemajuan dan kelancaran pendidikan.



InshaAllah, sedekah Jumaat yang anda sumbangkan akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan, keperluan membeli buku, biasiswa, dan keperluan lain.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat