ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 20, 2025

SEDEKAH KASUT UNTUK ANAK ANAK ASNAF MISKIN

RM630 / 6.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berkongsi untuk sokong pendidikan anak anak kurang mampu di pelosok negara.


Saudara seiman yang dirahmati Allah,


Pendidikan adalah hak setiap anak. Namun realitinya, masih ramai anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah terpaksa berdepan dengan pelbagai kekurangan, ada yang tiada kasut sekolah, tiada beg, bahkan ada sekolah yang masih daif dan kurang kemudahan.



Melalui kempen besar “Penjuru Negeri”, ASAR Humanity berusaha menyebarkan bantuan secara adil ke seluruh pelosok negeri, memastikan setiap anak, setiap warga emas, dan keluarga yang hidup dalam kesusahan tidak terpinggir.


Alhamdulillah, baru-baru ini kami telah menghantar 20 pasang kasut dan 60 pasang stokin kepada murid-murid sekolah rendah di salah sebuah sekolah tempatan yang masih memerlukan sokongan. Semoga pemberian ini dapat menjadi motivasi buat mereka untuk terus belajar dengan semangat, mengejar impian, dan tidak berputus asa.



Insya-Allah, kami juga bercita-cita untuk membantu membaik pulih sekolah-sekolah daif dan menyokong fasiliti pendidikan yang lebih baik agar anak-anak ini dapat belajar dengan lebih selesa.


Satu langkah kecil, dengan memberi sepasang kasut, sebuah beg, atau sumbangan ikhlas anda mampu memberi perubahan besar dalam kehidupan seorang anak.



Mari bersama-sama menyokong pendidikan mereka.


Anda boleh menyumbang kasut, beg, atau bantuan kewangan untuk memastikan setiap anak mendapat peluang belajar yang adil.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2025

Kempen Sumbangan Tamat