Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah,
pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan untuk Ustazah Supiati, seorang guru mengaji yang hidup kekurangan di Papua, Indonesia.

Dalam kunjungan ini, kami menghantar bantuan makanan bagi meringankan beban ustazah yang telah mengabdi untuk generasi muslim di Papua, hingga saat ini ustazah masih harus tinggal di rumah saudara, semoga bantuan ini dapat meringankan beban ustazah dan mempermudah tabung untuk rumah sendiri.

Ustazah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang telah menyokong mereka melalui sumbangan.com. Semoga dengan sokongan berterusan, akan banyak guru mengaji lainnya yang diringankan.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan oleh orang orang baik. Teruskan menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Jom teruskan derma kita untuk anak anak pesakit kronik!
Mereka Mengajar Demi Allah, Kita Menyokong Demi Kebaikan
ASAR Humanity berasa bersyukur dapat menyalurkan bantuan kepada para guru Al-Quran yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik generasi kita. Kali ini, bantuan disampaikan kepada Ustazah Ramlah, Ustaz Abdul, dan Ustaz Umar — insan-insan mulia yang mengajar tanpa mengira kesusahan hidup yang mereka tanggung.

Mereka hidup dalam serba kekurangan, namun tidak pernah mengeluh. Semangat mereka dalam menyampaikan ilmu Al-Quran kepada anak-anak tetap menyala setiap hari. Merekalah cahaya di tengah keterbatasan, yang menyemai cinta kepada Al-Quran dalam hati anak-anak kecil.

Dengan sokongan dari anda semua, kami berharap mereka dapat terus mengajar dengan tenang dan gembira — tanpa perlu risau tentang keperluan harian mereka.

Teruskan menyebarkan kebahagiaan dan menjadi sebahagian dari amal jariah ini. Kerana mereka tidak pernah berhenti memberi, maka janganlah kita berhenti menyokong.
Jom teruskan berkongsi rezeki!