Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM110 / 2.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Para guru ngaji dan ustaz adalah pahlawan agama, yang dengan penuh keikhlasan menyebarkan syiar Islam kepada generasi muda dan masyarakat. Namun, tahukah kita bahawa sebahagian daripada mereka menjalani kehidupan yang serba kekurangan? Banyak di antara mereka menerima bayaran seikhlasnya, hidup dalam kesederhanaan, bahkan harus berjuang memenuhi keperluan asas keluarga mereka.

ASAR Humanity telah membantu lebih dari 50 ustaz dan guru Al-Quran di berbagai daerah di Indonesia. Walaupun hidup dalam kekurangan, mereka tetap bersemangat menyebarkan ilmu dan mengajar Al-Quran demi kecintaan mereka terhadap Islam. Untuk itu, mari bersama kita menjadi penyokong dakwah mereka.

Dengan menyisihkan sedikit rezeki, kita dapat membantu meringankan beban kehidupan para guru ngaji ini. Donasi yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan paket pangan dan memenuhi keperluan asas mereka.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR. Ahmad)

Semoga sedekah kita menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, memberi keberkahan kepada kehidupan para guru ngaji, dan menambah semangat mereka untuk terus berdakwah. Jom bersama ASAR Humanity menyokong perjuangan para pahlawan agama ini!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah,
pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan untuk Ustazah Supiati, seorang guru mengaji yang hidup kekurangan di Papua, Indonesia.

Dalam kunjungan ini, kami menghantar bantuan makanan bagi meringankan beban ustazah yang telah mengabdi untuk generasi muslim di Papua, hingga saat ini ustazah masih harus tinggal di rumah saudara, semoga bantuan ini dapat meringankan beban ustazah dan mempermudah tabung untuk rumah sendiri.

Ustazah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang telah menyokong mereka melalui sumbangan.com. Semoga dengan sokongan berterusan, akan banyak guru mengaji lainnya yang diringankan.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan oleh orang orang baik. Teruskan menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Jom teruskan derma kita untuk anak anak pesakit kronik!
Mereka Mengajar Demi Allah, Kita Menyokong Demi Kebaikan
ASAR Humanity berasa bersyukur dapat menyalurkan bantuan kepada para guru Al-Quran yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik generasi kita. Kali ini, bantuan disampaikan kepada Ustazah Ramlah, Ustaz Abdul, dan Ustaz Umar — insan-insan mulia yang mengajar tanpa mengira kesusahan hidup yang mereka tanggung.

Mereka hidup dalam serba kekurangan, namun tidak pernah mengeluh. Semangat mereka dalam menyampaikan ilmu Al-Quran kepada anak-anak tetap menyala setiap hari. Merekalah cahaya di tengah keterbatasan, yang menyemai cinta kepada Al-Quran dalam hati anak-anak kecil.

Dengan sokongan dari anda semua, kami berharap mereka dapat terus mengajar dengan tenang dan gembira — tanpa perlu risau tentang keperluan harian mereka.

Teruskan menyebarkan kebahagiaan dan menjadi sebahagian dari amal jariah ini. Kerana mereka tidak pernah berhenti memberi, maka janganlah kita berhenti menyokong.
Jom teruskan berkongsi rezeki!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025