Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM450 / 15.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Insya-Allah lebih kurang satu bulan lagi kita akan merayakan Aidiladha, di mana pada hari raya tersebut dan juga tiga hari tasyrik setelahnya telah Allah SWT perintahkan umat Islam untuk melakukan satu ibadah yang mulia iaitu berkorban (udhiyah). Sudahkah anda mempersiapkan korban terbaik?
Aidiladha nanti insya-Allah kita akan merayakan bersama dengan saudara-saudara kita di Gaza. Tahun ini tanggal 15 Mei, penjajahan Zionis ini belum berakhir terhitung sudah 75 tahun lamanya. Penjajahan yang tidak berakhir ini menyebabkan krisis kemanusiaan berpanjangan.
Samira al-Ghreisi adalah seorang ibu tunggal. Suaminya meninggal dunia dua setengah tahun yang lepas. Kini, ia mencari nafkah untuk keluarganya. Samira menderita penyakit tekanan darah tinggi. Persendian badannya sering sakit, sehingga kondisi kesihatannya tidak memungkinkan ia bekerja. Ibu dan anak-anaknya tinggal di rumah sederhana yang terlihat kurang patut. Ia dan anak-anaknya tidur di atas kasur usang. Samira dan anaknya masih bergantungan pada bantuan orang-orang dermawan.
Ayuh, kita bahagiakan keluarga miskin seperti Puan Samira dan keluarga lainnya pada hari Aidiladha. Asar Humanity menjemput tuan/puan untuk bersedekah daging korban mulai dari RM10. Untuk anda yang berkemampuan, anda dapat membelikan satu haiwan domba Palestin seharga RM1,775, atau satu haiwan lembu seharga RM10,806.
Hari raya nanti mari kita hantarkan daging korban untuk mereka yang kekurangan. Mari tunaikan sedekah korban di bulan Zulkaedah ini, agar kebaikannya berlipat ganda. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga khabar ini menjumpai Tuan dan Puan dalam keadaan yang baik dan sejahtera.
Jalur Gaza salah satu wilayah di Palestina yang sudah mengalami blokade selama lebih dari 16 tahun oleh Zionis Israel. Bombardir kian sering terjadi di wilayah Gaza dan beberapa area lainnya. Ratusan orang maut sejak awal tahun 2023. Kondisi ini tentu semakin menambah kesulitan hidup keluarga di sana yang sebelumnya pun sudah kekurangan. Mereka hidup dalam khemah pelarian dengan keadaan miskin dan bergantung pada bantuan. Tak sedikit dari mereka kesulitan memenuhi pangan sehari-hari untuk anak dan keluarganya.
Di momentum hari Aidiladha yang lepas, Alhamdulillah sumbangan daging Kurban kita hantarkan kepada mereka. Mereka dapat merayakan Aidiladha dengan makanan daging yang jarang mereka dapatkan. Terima kasih Tuan dan Puan, anda sudah memberikan kebahagiaan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Semoga Allah SWT selalu melindungi anda dan memberikan ganjaran pahala berlipat kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023