Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Semoga tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga sentiasa dilindungi Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Rabu, 8 April 2023, pasukan Asar Humanity telah menghantarkan amanat tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej iftar dan pakej makanan di 2 lokasi berbeza. Lokasi pertama di Kirikhane dengan mengagihkan 500 pakej iftar dan 100 pakej makanan. Sedangkan di lokasi kedua di Narlica dengan mengagihkan 500 pakej iftar.
Di tengah kepayahan yang dihadapi mangsa gempa bumi Turkiye, bantuan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan menjadi penawar hati serta dapat digunakan untuk memenuhi keperluan makanan mereka di bulan Ramadan ini.
InshaAllah, dengan bantuan yang tuan dan puan berikan, akan memberi manfaat kepada ratusan penerima manfaat di Turkiye, teringat hadis tentang orang yang memberi makan orang berpuasa berikut:
"Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (Riwayat Ahmad)
Semoga bantuan yang tuan dan puan agihkan mendapat ganjaran pahala seperti mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan ini. Dan semoga ihsan tuan-tuan dan puan-puan menjadi washilah atas terkabulnya doa tuan dan puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan, semoga khabar ini menjumpai Tuan dan Puan dalam keadaan sihat dan selalu dalam lindungan Allah SWT.
Hari Sabtu dan Ahad kemarin tim ASAR Humanity membagikan paket makanan, selimut dan baju sejuk untuk mangsa terjejas di Karahmanmaras dan Malatya, Turki.
Betapa antusias warga sehingga panjang barisan untuk bergiliran mengambil bantuan.
Tuan dan Puan gambar ini selalunya mengingatkan kita banyak sekali mangsa yang menjadi pelarian di khemah sementara. Mereka tinggal dalam keadaan seadanya di udara sejuk yang masih menerpa.
Kami juga terus bekerja sama dengan AFAD dan polis tempatan dalam merespon dan memberikan bantuan kepada warga. Masih banyak lagi yang belum mendapatkan bantuan. Mari jadi sebahagian orang yang menghantarkan bantuan dan sokongan kepada mangsa terjejas di Turki!
Kirimkan doa terbaik anda dan sokongan kepada mangsa gempa di Turki dan Suriah!
Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Klik “Sumbang Sekarang”
Tabung infaq bantuan mangsa gempa Turki
Baju sejuk untuk mangsa gempa Turki
Lihatlah betapa mereka senang mendapatkan makanan hangat yang kami agihkan. InshaAllah keberkahan mengalir untuk anda dan keluarga yang bersedekah.
Ayuh! Raih peluang bersedekah makanan untuk saudara-saudara kita yang terjejas gempa di Turki. Mereka butuh pertolongan kita.
Klik "Sumbang Sekarang"
Hantarkan makanan hangat untuk mangsa gempa Turki
Sudah 1 minggu sejak gempa bumi yang melanda selatan Turki dan utara Syria. Sehingga kempen ini ditulis pada 13 Februari 2023 pagi, 31,643 orang maut dan 80,278 cedera di Turki. Lebih 4,500 maut, lebih 5,000 cedera di Syria. Lebih 13 juta orang terjejas akibat gempa bumi itu.
"Lebih 233,000 anggota mencari dan menyelamat sedang bekerja di lapangan. Hampir 148,000 orang telah dipindahkan dari kawasan yang dilanda gempa bumi setakat ini." (AFAD - Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki)
Pasukan Kemanusiaan ASAR dan pasukan sukarelawan telah dikerahkan untuk menjawab panggilan kecemasan. Menyertai bersama NGO dari seluruh dunia, mereka telah bekerja tanpa jemu.
300 sukarelawan dari seluruh dunia tinggal di kem bersama sukarelawan antarabangsa di Malatya. Mereka dihidangkan dengan hidangan ringkas, tetapi para sukarelawan tidak merungut. Mereka bekerja dengan sepenuh hati.
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan, semoga anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sehat.
Hari ini pasukan ASAR Humanity sudah sampai di Malatya untuk memberikan bantuan kepada mangsa terjejas gempa di khemah pelarian.
Bekerja sama dengan AFAD, NGO dan polis tempatan, amanah yang diberikan oleh penyumbang kami agihkan. Bantuan yang kami berikan adalah jaket, roti, zaitun, selai, susu, juice, biskuit, teh, gula, kopi, tisu, pembalut, popok anak. Walaupun warga perlu membuat barisan, tetapi mereka menerima bantuan dengan sangat senang.
Sementara itu, di kampung Hassa, Hatay, satu area yang juga terjejas sangat teruk, pasukan ASAR Humanity bersama dengan NGO tempatan membina dapur umum. Di sinilah kami akan memasak hidangan makanan untuk mangsa yang tinggal di sekitar.
Terima kasih Tuan dan Puan. Semoga Allah SWT membalas rezeki yang sudah anda sumbangkan. InshaAllah keberkahan mengalir dari doa-doa baik penerima bantuan.
Ini baru satu lokasi saja, mari kita bantu lebih banyak lagi saudara-saudara kita yang memerlukan pertolongan. Sampai update ini ditulis sedikitnya 20.665 maut di Turki dan 3.553 maut di Suriah. Pasukan penyelamatan masih mencari mangsa yang terhempap reruntuhan. Innalillahi wainna ilaihi raajiun.
Tuan dan Puan, mari kita lanjutkan pertolongan sampai dengan diterima mangsa lainnya. Kami, ASAR Humanity, tidak dapat melakukan ini sendiri.
Kirimkan doa terbaik dan bantuan anda untuk menolong mereka yang sedang kesulitan.
Klik “Sumbang Sekarang”.
Sedekah keperluan asas mangsa Gempa Turki
Hantarkan makanan hangat untuk mangsa Gempa Turki
Innalillahi wainna ilaihi raajiun. "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Gempa berkekuatan magnitude 7.8 yang menghancurkan wilayah negera Turki dan Suriah masih menyisakan duka yang mendalam. Berdasarkan keterangan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) (Rabu, 8 Februari 10.00 waktu setempat) sekurang-kurangnya 7.926 orang maut dan 25.817 orang terluka. Saat ini pasukan penyelamatan dari bermacam pertubuhan kemanusiaan masih melakukan pencaharian terhadap mangsa yang terhempap bangunan runtuh. Dilaporkan juga sejumlah 11.342 bangunan runtuh.
Merespon hal ini pasukan ASAR Humanity yang berkedudukan di Istanbul, Turkiye langsung bertolak ke Adana bersama dengan pertubuhan kemanusian setempat dan juga AFAD. Update dari pasukan ASAR, saat ini perjalanan menuju Kahramanmaras sangat padat dan macet, karena semua bantuan dari pelbagai pertubuhan dihantarkan, kota ini adalah yang paling teruk terjejas gempa.
Saat ini kebutuhan yang paling diperlukan adalah:
1. Makanan siap masak (hot meal)
2. Perubatan dan perkhidmatan kesihatan
3. Selimut dan baju sejuk
4. Tilam tidur
5. Khemah keluarga
6. Alat pemanas ruangan
InshaAllah ASAR Humanity berkomitmen untuk mndampingi mangsa terjejas gempa sehingga mereka mendapatkan bantuan. Tetapi kami tidak dapat melakukan hal ini sendirian. Kami butuh bantuan Tuan dan Puan untuk menyelamatkan mereka.
Kirimkan doa terbaik dan bantuan anda untuk menolong mereka yang sedang kesulitan.
Klik “Sumbang Sekarang”
Tabung Kecemasan Gempa Turki Suriah
Hantarkan makanan hangat untuk mangsa gempa Turki-Suriah