Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Innalillahi wainna ilaihi raajiun.
Kami menerima berita kesedihan daripada pasukan Asar Humanity di Gaza.
Salah seorang sukarelawan kami di sana bernama Abu Sajid menjadi syahid akibat kekejaman Zionis. Abu Sajid adalah salah satu pasukan sukarelawan kami di Gaza yang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada tim memasak di dapur makanan.
Beliau seorang yang mesra dan mempunyai semangat juang kemanusiaan yang tinggi. Komitmen beliau selalu berusaha untuk terus mencari pelbagai peralatan dan bahan untuk menghulurkan bantuan agar sumbangan yang telah diamanahkan oleh para penderma dapat diteruskan dalam bentuk pelbagai bantuan asas bagi pelarian di Gaza. MashaAllah
Sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan keputusan pengadilan untuk Israel, tetapi Israel tidak mematuhi satupun keputusan. Malah, mereka semakin kejam membedil orang awam di Gaza khususnya di Khan Yunis. Pada hari itu Abu Sajid tidak dapat berpindah ke Rafah, hingga dia menjadi mangsa tembakan oleh tentera Israel. Ya Allah hasbunallah wa ni'mal wakiil. Alangkah sakit dan sesak di dada, orang yang dekat dengan kita menjadi mangsa kekejaman Zionis. Semoga Allah SWT menganugerahkan kematian syahid baginya.
Tuan dan Puan, kempen yang kita jalankan selama ini adalah untuk mencari bantuan bagi saudara-saudara kita di Palestin, selain meminta sumbangan, kami juga sentiasa mengingatkan agar bersama-sama kita terus berdoa agar Allah SWT sentiasa lindungi saudara-saudara kita di Palestin.dan hancurkan Zionis yang angkuh.
Semoga sekurang-kurangnya satu nafas yang kita hembus ketika berdoa akan menjadi rahmat agar Allah memberkati hidup kita serta memberikan istiqomahan untuk sentiasa membantu perjuangan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin.
MashaAllah alhamdulillah ala kulli haal
Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, kami melaporkan bahawa sumbangan makanan panas dan sedia untuk saudara saudari di Gaza telah berjaya diagihkan kepada 500 orang pelarian di salah satu kem Dar El Balah, Gaza Tengah. Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan!
Kami juga berasa gembira apabila menerima gambar pengagihan makanan kepada mereka yang menderita kelaparan akibat serangan dan sekatan Zionis. Hasbunallah wanikmal wakiil.
Ya Allah, selalunya kami hanya melihat gambar berita online saudara-mara di Gaza beratur untuk makan. Sekarang nampaknya di depan mata kita, mereka sangat memerlukan makanan. Alhamdulillah, operasi dapur memasak ini dapat memberikan makanan yang berkhasiat kepada penduduk.
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita membantu dan menyokong saudara kita di Palestin. Apalah ertinya sumbangan kita berbanding perjuangan mereka menjaga tanah air, tanah suci dan agama Islam agar terus tegak.
Semoga apabila kita kembali ke alam akhirat, akan ada sekurang-kurangnya sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kita sebagai saksi bahawa kita telah membantu mempertahankan agama Islam, membela saudara-saudara Palestin dari pejajahan dan membebaskan Masjid Al Aqsa. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh!
Alhamdulillah ala kulli haal,
Bermula pagi ini untuk memberi khabar, 1500 pek makanan telah diagihkan kepada 1500 rakyat Gaza yang menjadi pelarian di tanah mereka sendiri. Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan! Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan lipatan pahala dan keberkatan kepada anda dan keluarga.
Penduduk yang menjadi mangsa serangan ini mendapatkan suaka di bahagian selatan Gaza kerana rumah yang didiami mereka musnah. Kini mereka bertahan dengan apa yang mereka mampu, tepatnya di kem pelarian sementara di Sekolah Tareq ben Ziad dan Sekolah Al Israa, Khan Yunis, Gaza.
Saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak-anak dan ibu bapa yang menerima bantuan makanan ini. Senyuman yang sentiasa terpancar di wajah mereka, adakah mereka menangisi kezaliman Zionis yang berlaku dalam hidup mereka? Jiwa rohani penduduk Gaza sememangnya pejuang, mereka adalah orang-orang pilihan yang dijanjikan rahmat oleh Allah SWT.
Semoga Allah SWT memberikan rezeki yang mencukupi dan kemampuan kita untuk membela saudara kita di Palestin untuk mencapai kemerdekaan Palestin dan memerdekakan Masjid Al Aqsa.
Tuan-tuan dan puan-puan, baru-baru ini kita telah melihat keadaan di bandar Gaza, utara Gaza, mengakibatkan peningkatan serangan ke pusat Gaza. Orang yang tida bersalah dibedil, kawasan perumahan hancurkan hingga rata ke tanah, hospital yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat tidak terlepas daripada menjadi sasaran kekejaman, sehingga tak ada perasan pada pesakit kritikal terancam maut.
Manakala di Masjidil Aqsa, penduduk tidak dibenarkan masuk dan beribadat, hanya kelihatan segelintir warga emas di kawasan Masjid Al Aqsa. Kita sedar kita tiada kuasa untuk membantu secara langsung di sana, tetapi janganlah kita berhenti berdoa kepada Allah SWT agar mendapat kemerdekaan dan pembebasan Al Aqsa.
Janji Allah SWT dalam Al-Quran itu pasti, tetapi jika kita berdiam diri, adakah cukup untuk kita masuk syurga?
Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.
Alhamdulillah ala kulli haal, dengan bantuan sumbangan anda dan orang baik yang lain, 900 pek makanan panas telah diagihkan kepada keluarga pelarian yang telah berlindung di Bandar Khan Younis, Semenanjung Gaza Selatan. Lokasi pelaksanaan di kem pelarian Bandar Khan Younis dipilih kerana menempatkan ramai pelarian di khemah yang kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman Zionis. Kem pelarian mula dipenuhi, mencapai hampir 3 hingga 4 kali ganda kapasitinya. Barakallahu fiikum
Seperti yang anda lihat, beginilah keadaan pasukan dapur awam kita di Gaza, kerana kekurangan bahan api akibat halangan Zionis, pasukan kita memasak makanan menggunakan kayu api dan menyediakan makanan di luar rumah, kerana keperluan harian sangat besar.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Jazakumullah khairan.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Saudara-saudara kita di Palestin masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kami terus berdoa agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah ala kulli haal.
150 bungkusan makanan telah diagihkan kepada 150 keluarga yang melarikan diri di Bandar Khan Younis, Semenanjung Gaza Selatan. Lokasi pelaksanaan di kem pelarian Bandar Gaza Selatan dipilih kerana menempatkan ramai pelarian di kem tersebut yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan bom Zionis. Kem pelarian mula dipenuhi, mencapai hampir 3-4 kali ganda kapasiti mereka.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Tuan-tuan dan puan-puan, sejak beberapa hari lalu saluran telekomunikasi termasuk rangkaian internet telah diputuskan sama sekali oleh Zionis. Pada malam yang sama mereka mengebom Gaza dan memusnahkan rumah melalui pencerobohan darat di timur Gaza.
Saudara-saudara kita di Palestin masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah ala kulli haal.
Asar Humanity berjaya mengagihkan bantuan air bersih kepada saudara-saudara kita di Gaza yang menjadi pelarian dan mangsa serangan Zionis di Gaza. Tepatnya di An Nasser Hospital di wilayah selatan Gaza. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Semoga Allah SWT memberi keberkatan dari segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Jazakumullah khairan.
Wilayah selatan ini tidak juga menjadi tempat yang aman, karena serangan juga terjadi di area hospital mengakibatkan salah satu relawan Asar Humanity terluka pada bagian kaki.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Tuan dan Puan, dengan berat hati juga sejak malam tadi elektrik dan saluran telekomunikasi termasuk jaringan internet diputus total oleh Zionis. Pada malam itu juga mereka memborbardir Gaza. Belum jelas berita terkait kerusakan dan korban yang terjadi karena saat ini tim kami di lapangan belum bisa dihubungi satupun.
Saudara-saudara kita masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.