Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,220 / 40.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
52 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir. Sudah lebih dari 2 minggu berterusan serangan Zionis terhadap warga tak bersalah di Gaza dengan dalih pembelaan diri dengan propaganda palsu yang mereka buat sendiri. Lebih dari 6500 nyawa syahid, 2000 di antaranya adalah kanak-kanak. Innalillahi wainna ilaihi raajiun.
Di tengah kondisi yang penuh ketidakpastian dan kehilangan, ada satu hal yang dapat kita bantu segera iaitu memberikan makanan hangat untuk pelarian korban serangan. Dengan akses yang terbatas ke sumber daya dan infrastruktur yang hancur, kelaparan adalah ancaman nyata. Mereka berjuang untuk menyediakan makanan untuk keluarga mereka dan inilah mengapa kami ingin memberikan bantuan segera.
Dalam keadaan genting seperti ini, setiap sumbangan, apa pun jumlahnya akan sangat berarti. Dengan bantuan anda, kami dapat memberikan makanan hangat kepada ribuan pelarian, mengurangi beban yang mereka hadapi dalam situasi yang sangat sulit. InshaAllah mulai dari RM10, kita akan mengagihkan makanan siap saji sebagai solusi cepat dan efisien untuk memenuhi kebutuhan nutrisi dasar.
Pasukan Asar Humanity inshaAllah istiqomah dalam mnegagihkan bantuan kepada saudara kita di Palestina, sebelumnya menghantarkan bantuan kepada pelarian di Dar Al Shefa Hospital dan khemah pelarian Gaza Timur. Ini merupakan hal sulit namun kita tak boleh meninggalkan saudara kita di Palestina. Semoga ada nikmat dan rejeki yang Allah titipkan kepada kita menjadi bagian kita membela kemerdekaan Palestina dan kebebasan Masjid Al Aqsa.
Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata, "Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Akan selalu ada segolongan umatku yang menegakkan agama Allah, orang yang memusuhi mereka atau tidak mahu mendukung mereka sama sekali tidak boleh menimpakan bahaya ke atas mereka. Begitulah keadaannya sehingga akhirnya urusan Allah datang." Malik bin Yakhamir menjawab: "Mu'adz bin Jabal berkata bahawa mereka berada di Syam." Mu'awiyah berkata, "Lihat, Malik menyebut bahawa dia telah mendengar Mu'adz bin Jabal berkata. bahawa golongan ini berada di Syam.”
(HR. Bukhari: Kitabul Manaqib no. 3369 dan Muslim: dalam Kitabul Imarah no. 3548)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Innalillahi wainna ilaihi raajiun.
Kami menerima berita kesedihan daripada pasukan Asar Humanity di Gaza.
Salah seorang sukarelawan kami di sana bernama Abu Sajid menjadi syahid akibat kekejaman Zionis. Abu Sajid adalah salah satu pasukan sukarelawan kami di Gaza yang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada tim memasak di dapur makanan.
Beliau seorang yang mesra dan mempunyai semangat juang kemanusiaan yang tinggi. Komitmen beliau selalu berusaha untuk terus mencari pelbagai peralatan dan bahan untuk menghulurkan bantuan agar sumbangan yang telah diamanahkan oleh para penderma dapat diteruskan dalam bentuk pelbagai bantuan asas bagi pelarian di Gaza. MashaAllah
Sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan keputusan pengadilan untuk Israel, tetapi Israel tidak mematuhi satupun keputusan. Malah, mereka semakin kejam membedil orang awam di Gaza khususnya di Khan Yunis. Pada hari itu Abu Sajid tidak dapat berpindah ke Rafah, hingga dia menjadi mangsa tembakan oleh tentera Israel. Ya Allah hasbunallah wa ni'mal wakiil. Alangkah sakit dan sesak di dada, orang yang dekat dengan kita menjadi mangsa kekejaman Zionis. Semoga Allah SWT menganugerahkan kematian syahid baginya.
Tuan dan Puan, kempen yang kita jalankan selama ini adalah untuk mencari bantuan bagi saudara-saudara kita di Palestin, selain meminta sumbangan, kami juga sentiasa mengingatkan agar bersama-sama kita terus berdoa agar Allah SWT sentiasa lindungi saudara-saudara kita di Palestin.dan hancurkan Zionis yang angkuh.
Semoga sekurang-kurangnya satu nafas yang kita hembus ketika berdoa akan menjadi rahmat agar Allah memberkati hidup kita serta memberikan istiqomahan untuk sentiasa membantu perjuangan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin.
MashaAllah alhamdulillah ala kulli haal
Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, kami melaporkan bahawa sumbangan makanan panas dan sedia untuk saudara saudari di Gaza telah berjaya diagihkan kepada 500 orang pelarian di salah satu kem Dar El Balah, Gaza Tengah. Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan!
Kami juga berasa gembira apabila menerima gambar pengagihan makanan kepada mereka yang menderita kelaparan akibat serangan dan sekatan Zionis. Hasbunallah wanikmal wakiil.
Ya Allah, selalunya kami hanya melihat gambar berita online saudara-mara di Gaza beratur untuk makan. Sekarang nampaknya di depan mata kita, mereka sangat memerlukan makanan. Alhamdulillah, operasi dapur memasak ini dapat memberikan makanan yang berkhasiat kepada penduduk.
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu. Semoga Allah SWT mengizinkan kita membantu dan menyokong saudara kita di Palestin. Apalah ertinya sumbangan kita berbanding perjuangan mereka menjaga tanah air, tanah suci dan agama Islam agar terus tegak.
Semoga apabila kita kembali ke alam akhirat, akan ada sekurang-kurangnya sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kita sebagai saksi bahawa kita telah membantu mempertahankan agama Islam, membela saudara-saudara Palestin dari pejajahan dan membebaskan Masjid Al Aqsa. Aamiin. Jazakumullah khairan.
SITI NOORAIHAN BINTI MAAROF
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Oct 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 27, 2023