Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Di antara kita, terdapat anak-anak mualaf yang hidup dalam kesulitan dan memerlukan bantuan kita semua. Salah satunya adalah kisah adik Khaerul Azmi, seorang anak yatim yang lahir dalam keluarga mualaf sederhana. Sejak ayahnya meninggal dunia, Azmi terpaksa membantu ibunya untuk mencukupi keperluan harian mereka.
Sepulang sekolah, dia harus mencari kayu bakar atau mengambil air dari tempat yang jauh untuk membantu ibunya.
Azmi hanyalah satu contoh dari banyak anak-anak mualaf lain yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka kesulitan untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pendidikan, dan pakaian. Tanpa bantuan, mereka berjuang sendiri untuk melanjutkan sekolah dan mencukupi keperluan harian.
Dengan bersedekah, kita bukan sahaja meringankan beban anak-anak mualaf ini, tetapi juga membantu mereka mencapai masa depan yang lebih baik. Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk membantu membiayai pendidikan mereka serta memenuhi keperluan asas harian. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245:
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak."
Mari bersama ASAR Humanity, kita bantu menyokong anak-anak mualaf yang merupakan generasi penerus umat Islam. Insya-Allah, sedekah anda akan menjadi amal jariah yang berterusan dan mengalirkan pahala selama-lamanya. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan memberkati setiap kebaikan yang kita lakukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 31, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 31, 2024