TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Jan 13, 2022

SEDEKAH PEK KEPERLUAN MAKANAN ASNAF

RM205 / 2.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan maafaat buat orang lain yang memerlukan. Ayuh, kita bantu mereka!

SUMBANGAN MAKANAN KEPADA ASNAF YANG PERLU


Pada tahun 2021, ASK telah memberikan lebih dari 5 ribu kotak dan bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan yang terdiri daripada asnaf yang memerlukan iaitu yang terdiri dari golongan fakir, miskin, muallaaf, fi sabililah, orang kelainan upaya dan mereka yang terputus bekalanan makanan serta diberhentikan kerja. 


Menerusi pemberian seperti ini, mereka yang memerlukan ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan bekalan makanan dan mempunyai makanan untuk diberikan kepada keluarga mereka sehari - hari. Usaha ini akan terus berjalan dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Sumbangan akan terus diberikan kepada penduduk sekitar Kulai, Pontian dan Batu Pahat serta yang berdekatan.


Menerusi pek atau kotak makanan yang kami berikan, terdapat makanan harian yang boleh digunakan sehari-hari iaitu gula, garam, beras, telur, tepung, susu, kordial, sardin dan beberapa barangan lain yang akan dapat membekalkan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ini.



Pemberian ini diadakan berterusan dan tidak terhad kepada bekalanan makanan kering sahaja. Kami juga ada mengadakan agihan bekalan makanan basah, seperti ikan dan ayam yang menjadi makanan harian rakyat Malaysia. 













Pek isian lauk mentah & barangan asas. 



Dengan bantuan, sokongan dan pertolongan berterusan dari semua pihak yang menyumbang. Kami akan dapat laksanakan pemberian ini untuk sesi ini. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan Februari ini. 


Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”  (Al-Baqarah: 195)



Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan maafaat buat orang lain yang memerlukan. Ayuh, kita bantu mereka!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat