ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 29, 2022

SOKONG KEMUDAHAN PELAJAR YATIM DHUAFA MENGHAFAZ QURAN

RM1,500 / 50.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

93 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Al-Quran yang digunakan untuk mengaji dan menghafaz sudah lusuh dan koyak. Jom sedekahkan Al-Quran baru untuk kemudahan pembelajaran para pelajar yatim dhuafa.


Menjadi hafidz Al-Quran atau memiliki zuriat yang hafidz adalah impian kebanyakan orang. Karena pada hakikatnya Al-Quran adalah pedoman hidup manusia dalam menempuh kehidupan fana di dunia ini. Selain itu, terdapat beberapa keutamaan menghafaz Al-Qur'an, antara lain:


1. Menjadi manusia yang terbaik

2. Dapatkan ketenangan fikiran

3. Al-Quran akan memberi syafaat

4. Kelak di akhirat ibu bapanya akan diberikan mahkota cahaya



Dengan fadhilat-fadhilat inilah yang menjadi salah satu sebab sebahagian orang menghafaz Al-Quran. Namun di tengah-tengah persaingan memperbanyakkan hafazan ternyata masih ramai pelajar yang Al-Qurannya sudah tidak sesuai seperti pelajar di TPQ At-Taubah, Cikidang, Sukabumi, Jawa Barat.


Al-Quran yang mereka gunakan sudah lusuh dan banyak muka surat yang koyak. Sementara itu, ketersediaan Al-Quran sangat minimum di wilayah ini. Akibatnya, seramai 40 pelajar mereka yang mengaji Al-Quran terpaksa menggunakan Al-Quran yang sudah tidak sesuai. Namun keadaan ini tidak membuat semangat mereka luntur untuk belajar dan menghafaz Al-Quran.



Sebaliknya, pelajar di TPQ At-Taubah bukanlah satu-satunya pelajar yang mengalami keadaan sedemikian tetapi masih ramai pelajar di kawasan lain yang mengalami perkara yang sama. Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama membantu memudahkan pelajar menghafaz Al-Quran dengan mengagihkan Al-Quran kepada mereka melalui sedekah di laman kempen ini. Selain itu, sedekah pada hari jumaat lebih bermanfaat dan diberkati kerana banyaknya fadhilat yang tersimpan pada hari jumaat.




InshaAllah, sedekah yang terkumpul akan diagihkan kepada pelajar yatim dhuafa di Indonesia dalam bentuk Al-Quran. Semoga kebaikan anda membawa rahmat Allah SWT kepada anda sekeluarga. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat