Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Penghantaran Al-Qur'an dan Iqra ke Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab, Pulau Ende
"Demi melahirkan generasi celik Al-Qur'an walau di ruang sempit"
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan anda semua, ASAR Humanity berjaya menghantar mushaf Al-Qur'an dan buku Iqra ke Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab di Pulau Ende, Nusa Tenggara Timur.

Apa yang lebih menyentuh hati, pusat pengajian ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil dari rumah guru mereka. Sejak tahun 2019, guru Al-Qur'an di kampung ini telah menghadiahkan satu ruang kecil berukuran 2 meter x 3 meter dalam rumahnya sebagai tempat anak-anak kampung belajar mengenal huruf dan ayat-ayat suci Al-Qur’an.

Anak-anak di kampung ini adalah dari komuniti mualaf di pedalaman Ende yang dahagakan ilmu agama. Dengan ruang yang sangat terbatas dan kemudahan yang seadanya, mereka tetap bersemangat datang belajar setiap hari.
Kini dengan bantuan mushaf Al-Qur’an dan buku Iqra yang baru, anak-anak serta guru mereka sangat bersyukur. Mereka berharap suatu hari nanti, akan ada rezeki untuk membina sebuah tempat yang lebih besar dan selesa untuk mereka terus belajar dan menghafal kalamullah.

“Kami sangat bersyukur dan ucapkan terima kasih atas Al-Qur’an ini. Semoga Allah membalas semua kebaikan para penyumbang.”
– Ustaz di Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Alhamdulillah, Penyerahan Donasi Bersama ASAR Humanity
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alahmdulillah Pasukan Ksatria ASAR Humanity telah berjaya menghantar bantuan berupa 30 Al-Qur'an, 50 Iqra', rak Al-Qur'an, dan 2 unit kipas angin gantung kepada sebuah TPA di Palu.

Kehadiran kami disambut dengan penuh kehangatan oleh senyuman ceria anak-anak santri dan lantunan indah Sholawat Nabi. TPA ini merupakan tempat belajar bagi 96 anak santri dan santriwati, dengan dibimbing oleh 2 orang pengajar yang juga pemilik TPA tersebut.

Yang lebih menginspirasi, TPA ini tidak memungut bayaran apa pun dari anak-anaknya. Sebahagian besar santri berasal dari keluarga kurang mampu, namun pemilik TPA tetap istiqamah dengan niat Lillahita’ala untuk mendidik generasi muda agar dekat dan cinta pada Al-Qur'an serta memiliki akhlak yang mulia.

Semoga sumbangan ini dapat menjadi manfaat dan keberkahan bagi semua. Jazakumullah khair kepada para donatur yang telah ikut menyokong usaha ini. Mari terus menyebarkan kebaikan!
#ASARHumanity
#CintaAlQuran
#BerkahBersama"