Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM790 / 26.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
34 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sebelum ini, dengan sumbangan anda, ASAR Humanity telah berjaya menyediakan Al-Quran untuk pelajar maahad tahfiz dan tempat mengaji Al-Quran di luar bandar. Namun, kebaikan tidak terhenti di sini. Masih ramai pelajar dan pusat pengajian yang memerlukan naskhah Al-Quran untuk meneruskan usaha mendalami ilmu agama.

Kini, kami mengajak lebih ramai insan dermawan untuk turut serta dalam usaha menyediakan Al-Qur'an dan Iqra di Madrasah Sabilul Khairaat 2, tempat belajar Al-Qur'an yang diasaskan oleh Ibu Nuraena secara sukarela di Donggala, Sulawesi Tengah. Atas keprihatinannya terhadap kekurangan pembelajaran agama di daerah tersebut, Ibu Nuraena tekun mendidik anak-anak untuk mengaji dan membaca Al-Qur'an.

Pelajar maahad tahfiz berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafaz dan memahami Al-Qur'an. Namun, ramai antara mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan naskhah Al-Quran yang berkualiti. Rasulullah SAW bersabda tentang betapa besar pahalanya membaca setiap huruf Al-Quran:
"Barangsiapa membaca satu huruf Al-Quran, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipatgandakan sepuluh kali lipat." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Berikut adalah bantuan yang diperlukan:
1. 20 naskhah Al-Qur'an
2. 50 naskhah buku Iqra
3. Keperluan lain untuk melengkapi Madrasah Sabilul Khairaat 2 dan Madrasa lainnya

Semoga setiap helaian yang dibaca menjadi pahala berpanjangan buat kita semua. Sertai kami dalam usaha mulia ini dan jadilah sebahagian daripada mereka yang menyebarkan cahaya Al-Qur'an ke dalam setiap jiwa yang memerlukannya.

Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk beramal dan mengumpul pahala. Semoga Allah menerima setiap langkah kita ke arah kebaikan dan memberkati kita semua.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Penghantaran Al-Qur'an dan Iqra ke Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab, Pulau Ende
"Demi melahirkan generasi celik Al-Qur'an walau di ruang sempit"
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan anda semua, ASAR Humanity berjaya menghantar mushaf Al-Qur'an dan buku Iqra ke Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab di Pulau Ende, Nusa Tenggara Timur.

Apa yang lebih menyentuh hati, pusat pengajian ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil dari rumah guru mereka. Sejak tahun 2019, guru Al-Qur'an di kampung ini telah menghadiahkan satu ruang kecil berukuran 2 meter x 3 meter dalam rumahnya sebagai tempat anak-anak kampung belajar mengenal huruf dan ayat-ayat suci Al-Qur’an.

Anak-anak di kampung ini adalah dari komuniti mualaf di pedalaman Ende yang dahagakan ilmu agama. Dengan ruang yang sangat terbatas dan kemudahan yang seadanya, mereka tetap bersemangat datang belajar setiap hari.
Kini dengan bantuan mushaf Al-Qur’an dan buku Iqra yang baru, anak-anak serta guru mereka sangat bersyukur. Mereka berharap suatu hari nanti, akan ada rezeki untuk membina sebuah tempat yang lebih besar dan selesa untuk mereka terus belajar dan menghafal kalamullah.

“Kami sangat bersyukur dan ucapkan terima kasih atas Al-Qur’an ini. Semoga Allah membalas semua kebaikan para penyumbang.”
– Ustaz di Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Alhamdulillah, Penyerahan Donasi Bersama ASAR Humanity
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alahmdulillah Pasukan Ksatria ASAR Humanity telah berjaya menghantar bantuan berupa 30 Al-Qur'an, 50 Iqra', rak Al-Qur'an, dan 2 unit kipas angin gantung kepada sebuah TPA di Palu.

Kehadiran kami disambut dengan penuh kehangatan oleh senyuman ceria anak-anak santri dan lantunan indah Sholawat Nabi. TPA ini merupakan tempat belajar bagi 96 anak santri dan santriwati, dengan dibimbing oleh 2 orang pengajar yang juga pemilik TPA tersebut.

Yang lebih menginspirasi, TPA ini tidak memungut bayaran apa pun dari anak-anaknya. Sebahagian besar santri berasal dari keluarga kurang mampu, namun pemilik TPA tetap istiqamah dengan niat Lillahita’ala untuk mendidik generasi muda agar dekat dan cinta pada Al-Qur'an serta memiliki akhlak yang mulia.

Semoga sumbangan ini dapat menjadi manfaat dan keberkahan bagi semua. Jazakumullah khair kepada para donatur yang telah ikut menyokong usaha ini. Mari terus menyebarkan kebaikan!
#ASARHumanity
#CintaAlQuran
#BerkahBersama"
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2024
AMIR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2024