TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Feb 07, 2022

SEDEKAH REJAB AYAM SEGAR UNTUK KELUARGA MISKIN

RM1,510 / 23.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,500

83 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan. Ayuh, kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Jom kita menyumbang untuk Sedekah Ayam Segar untuk Asnaf Terkesan dan yang memerlukan. Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan.


Ayuh, kita bantu mereka! Kami membuka peluang kepada para penyumbang dan penginfaq untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala dan kebaikan kerana memberikan kekenyangan dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan bagi menyumbang pembelian ayam segar untuk diagihkan kepada asnaf dan yang memerlukan.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: "Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya." - Riwayat Muslim.



Ayam segar ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan yang terdiri daripada asnaf yang memerlukan iaitu yang terdiri dari golongan fakir, miskin, muallaaf, fi sabililah, orang kelainan upaya dan mereka yang terputus bekalan makanan serta diberhentikan kerja.


Dengan pemberian seperti ini, mereka yang memerlukan ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan bekalanayam segar dan mempunyai makanan untuk diberikan kepada keluarga mereka sehari - hari. Usaha ini akan terus berjalan dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Sumbangan akan terus diberikan kepada penduduk sekitar Kulai, Johor serta yang berdekatan. Dianggarkan 120 ekor ayam akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Menerusi Sedekah Ayam ini, keluarga ini dapat merasa dan memberikan keluarga mereka makan ayam seperti mana keluarga-keluarga yang lain. Dalam rezeki kita sudah pastinya ada rezeki mereka yang memerlukan untuk sama-sama kita bantu. Pemberian ini diadakan berterusan dan tidak terhad kepada bekalan makanan kering sahaja. Kami juga ada mengadakan agihan bekalan makanan basah, seperti ikan dan ayam yang menjadi makanan harian rakyat Malaysia.



Dengan bantuan, sokongan dan pertolongan berterusan dari semua pihak yang menyumbang. Kami akan dapat laksanakan pemberian ini untuk sesi ini. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan Februari ini.


Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)




Semoga dengan rezeki yang sama-sama kita kongsikan bersama mereka yang memrlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka.


Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245 yang bermaksud, “Siapa yang memberi pinjaman pada jalan ALLAH, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka ALLAH akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2022

ROHAIZAWATIE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat