Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,060 / 21.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
67 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mendekati bulan Ramadan, marilah kita memperbanyak amalan kebaikan. Salah satu amalan yang paling dicintai Allah adalah bersedekah di waktu subuh, saat malaikat turun mendoakan orang-orang yang memberi dan menahan rezeki bagi yang enggan bersedekah.

Dalam bulan yang penuh rahmat ini, ASAR Humanity menggerakkan program Bina Maahad, membantu lebih dari 50 pusat tahfiz dan maahad yang disokong oleh para penderma Sumbangan.com dan ASAR Humanity.

Namun, masih banyak pusat tahfiz yang kekurangan:
1. Muhsaf Al-Qur’an untuk santri yang menghafal ayat-ayat suci.
2. Ruang pembelajaran yang lebih selesa dan sesuai.
3. Peralatan pembelajaran seperti meja, kerusi, dan alat tulis.

Melalui kempen ini, kami mengajak tuan dan puan untuk berkongsi rezeki membantu anak-anak syurga yang sedang menghafal Al-Qur’an. Kos diperuntukkan adalah RM5,000.

Jom jadi sebahagian dari ladang pahala yang tak terputus! Infaq kecil dari kita, kebahagiaan besar untuk mereka. Semoga menjadi amal jariah yang terus mengalir hingga ke akhirat kelak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Penghantaran Al-Qur'an dan Iqra ke Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab, Pulau Ende
"Demi melahirkan generasi celik Al-Qur'an walau di ruang sempit"
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan anda semua, ASAR Humanity berjaya menghantar mushaf Al-Qur'an dan buku Iqra ke Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab di Pulau Ende, Nusa Tenggara Timur.

Apa yang lebih menyentuh hati, pusat pengajian ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil dari rumah guru mereka. Sejak tahun 2019, guru Al-Qur'an di kampung ini telah menghadiahkan satu ruang kecil berukuran 2 meter x 3 meter dalam rumahnya sebagai tempat anak-anak kampung belajar mengenal huruf dan ayat-ayat suci Al-Qur’an.
Anak-anak di kampung ini adalah dari komuniti mualaf di pedalaman Ende yang dahagakan ilmu agama. Dengan ruang yang sangat terbatas dan kemudahan yang seadanya, mereka tetap bersemangat datang belajar setiap hari.

Kini dengan bantuan mushaf Al-Qur’an dan buku Iqra yang baru, anak-anak serta guru mereka sangat bersyukur. Mereka berharap suatu hari nanti, akan ada rezeki untuk membina sebuah tempat yang lebih besar dan selesa untuk mereka terus belajar dan menghafal kalamullah.

“Kami sangat bersyukur dan ucapkan terima kasih atas Al-Qur’an ini. Semoga Allah membalas semua kebaikan para penyumbang.”
– Ustaz di Pusat Pengajian Ubay Bin Kaab
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!

Menjaga Pewaris Al-Quran di Maahad Daarul Amanah
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berkunjung ke Maahad Daarul Amanah di Bandung, Indonesia — sebuah pusat tahfiz percuma khusus untuk anak-anak yatim dan asnaf. Di sinilah mereka mengikuti program 3 tahun untuk menghafaz Al-Quran, dengan impian menjadi guru Al-Quran di masa hadapan.

Anak-anak ini tekun belajar siang dan malam, memikul harapan besar untuk menjadi pewaris ilmu yang mulia. Terima kasih kepada para penderma, dengan adanya sokongan makanan berkhasiat dan keperluan lain, proses hafazan mereka menjadi lebih lancar dan teratur.

Doakan agar lebih banyak pusat tahfiz seperti ini dapat kita bantu bersama. Kerana setiap anak yang berjaya menghafaz Al-Quran, ganjarannya mengalir kepada kita semua. Teruskan berkongsi rezeki dan menyokong pendidikan Al-Quran.
Jom teruskan berkongsi rezeki!

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
KHAIRUL ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM40.00
Feb 27, 2025