Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,585 / 73.86 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500
156 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Jom kita menyumbang untuk sedekah ayam segar untuk asnaf yang memerlukan. Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain.
Kami membuka peluang kepada para penyumbang dan penginfaq untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala dan kebaikan dengan memberikan kekenyangan dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan bagi menyumbang pembelian ayam segar untuk diagihkan kepada asnaf dan yang memerlukan menjelang Hari Raya Aifilfitri ini.
Ayam segar ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan yang terdiri daripada asnaf, golongan fakir miskin, muallaf, fi sabililah, orang kelainan upaya dan mereka yang terputus bekalan makanan serta diberhentikan kerja.
Menerusi pemberian ini, mereka yang memerlukan tidak ketinggalan untuk mendapatkan bekalan ayam segar dan mempunyai makanan untuk diberikan kepada keluarga mereka sehari-hari. Usaha ini akan terus berjalan dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Sumbangan akan terus diberikan kepada penduduk sekitar Kulai, Johor serta yang berdekatan.
Dianggarkan 100 ekor ayam akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Menerusi sedekah ayam ini, keluarga dapat merasa dan memberikan keluarga mereka makan ayam sepertimana keluarga yang lain. Dalam rezeki kita sudah pastinya ada rezeki mereka yang memerlukan untuk sama-sama kita bantu. Dengan bantuan, sokongan dan pertolongan berterusan dari semua pihak yang menyumbang. Kami akan dapat laksanakan pemberian ini untuk sesi ini.
"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Semoga dipermudahkan urusan kita dan terima kasih buat penyumbang.
Alhamdulilah, sumbangan ini telah dilakukan sebanyak 2 peringkat. Ianya telah diselesaikan.
Dilampirkan sebahagian penerima untuk kempen ini. Alhamdulilah ayam diagihkan juga besar dalam 2kg seorang dan terdapat penerima menerima 2 dan lebih mengikut saraan keluarga.
Terima kasih buat penyumbang budiman.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 25, 2023
RB
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 25, 2023