Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian kempen
RM2,801 / 56.02 %
Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM5,000
132 penyumbang
121 Baki Hari
Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan maafaat buat orang lain yang memerlukan. Jom kita bantu mereka yang dalam kesusahan kerana kita mampu untuk menghulurkan bantuan. Pada tahun 2021, As Soffiyah Kindergarten (ASK) telah memberikan lebih dari lima ribu kotak dan bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan yang terdiri daripada golongan asnaf yakni golongan anak yatim, fakir, miskin, muallaf, fi sabililah, orang kelainan upaya dan mereka yang terputus bekalanan makanan serta diberhentikan kerja.
Pada tahun 2022, ASK telah mengedarkan lebih 1500 pek dan kotak makanan kepada mereka yang memerlukan. Menerusi pemberian seperti ini, mereka ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan bekalan makanan dan mempunyai makanan untuk diberikan kepada keluarga mereka.
Usaha ini akan terus berjalan dan tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Pemberian ini akan diadakan secara berterusan dan tidak terhad kepada bekalan makanan kering sahaja tetapi barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu kepada anak istimewa.
Kami mensasarkan seramai 100 penerima manfaat dari kempen ini yang akan dilaksanakan pada awal Julai di sekitar Johor bersempena raya Haji yang bakal tiba. Dengan bantuan, sokongan dan pertolongan berterusan dari semua pihak yang menyumbang, kami berharap dapat melaksanakan pemberian ini dan seterusnya dapat meringankan beban dan tanggungan mereka yang memerlukan.
Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)
Jom #BuatBaik!
Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2022
MOHD YUSOFF BIN YAHAYA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2022