TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Dec 24, 2021

SEDEKAH SUBUH BANTU KELENGKAPAN SEKOLAH MANGSA BANJIR

RM435 / 4.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga depan bantuan kita semua. Kita dapat sama-sama mengurangkan kesusahan rakan-rakan kita yang menghadapi bencana ini.


Keadaan kawasan di sekitar Hulu Langat bagaikan mimpi ngeri kepada penduduk-penduduknya apabila hampir kebanyakan tempat musnah termasuklah tempat tinggal, kenderaan, pakaian dan ada juga yang hanya tinggal sehelai sepinggang akibat dilanda banjir kilat baru-baru ini.


Antara kawasan yang terjejas teruk seperti yang tular di media sosial adalah Kampung Batu 25 Sungai Lui, Kampung Batu 16, Kampung Batu 17, Kampung Batu 18, Kampung Sungai Serai dan Taman Sri Nanding. 


Situasi di kawasan Kampung Batu 25 Sungai Lui sehingga ke Batu 18 Langat dilihat sangat terkesan selepas paras air banjir mula surut. Kawasan-kawasan tersebut merosakkan banyak banyak harta benda seperti kereta, motorsikal, rumah, perabot dan barang makanan. 


Setiap kepingan gambar yang dimuat naik di sosial media ini terdapat banyak rumah penduduk yang musnah dan beberapa buah kenderaan yang telah tenggelam serta dihempap di bawah batang pokok yang besar ketika dihanyutkan air banjir.


Bukan itu sahaja,  sekolah juga terlibat dengan bencana banjir.  Ramai anak anak yang akan mula bersekolah risau akan persekolahan mereka yang tidak lama lagi. Pakaian,  peralatan sekolah musnah dibawa bah banjir. 


Menurut bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 11,598 mangsa banjir daripada 4,318 keluarga kini ditempatkan di 74 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Selangor.


Justeru, menerusi sedekah subuh ini, ianya khas untuk pembelian peralatan sekolah anak yang terkesan banjir.  Ianya tidak dapat diberikan kepada semua mangsa dan jumlahmya akan diedarkan secara total.  


Semoga depan bantuan kita semua. Kita dapat sama-sama mengurangkan kesusahan rakan-rakan kita yang menghadapi bencana ini.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 03, 2022

Kempen Sumbangan Tamat