Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Apa khabar semua #SahabatKebaikan?
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua #SahabatKebaikan atas sokongan dan keprihatinan anda menerusi program Bantu Kelengkapan Aidilfitri Warga Emas Di Pusat Jagaan Laswi Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan ikhlas #SahabatKebaikan, seramai 28 orang warga emas di Pusat Jagaan Laswi dapat merasai suasana Hari Raya yang hangat dan penuh kasih sayang, seolah-olah bersama keluarga sendiri.
Sumbangan berupa bingkisan, barangan keperluan harian dan pek makanan asas benar-benar memberi makna buat mereka yang menjalani kehidupan dalam serba kekurangan.

Ramai antara mereka sudah tidak mempunyai ahli keluarga yang bersama mereka pada hari lebaran. Namun, dengan doa dan sokongan daripada #SahabatKebaikan, mereka rasa dihargai dan tidak keseorangan.
Mudah-mudahan segala kebaikan yang diberikan dibalas oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan rezeki yang luas, keberkatan yang berpanjangan dan ganjaran pahala yang berganda. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada senyuman dan kegembiraan mereka. Jom kita terus menyebarkan kebaikan bersama, kerana kebahagiaan sebenar datang daripada rasa peduli terhadap sesama.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.