Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERKEMBANGAN AGIHAN SET JENAZAH - JUN 2023 (SABAH)
Jun 2023 yang lepas, wakil Mihrab bersama TV AlHijrah telah turun ke Kepulauan di Semporna Sabah
untuk program Hijrah Prihatin : Asnaf Sabah.
Agihan yang telah dibuat termasuklah agihan barangan keperluan asas, set alat tulis, dan set kelengkapan jenazah di beberapa buah pulau iaitu Pulau Bum Bum, Pulau Kulapuan, Pulau Denawan dan Pulau Mabul.
Alhamdulillah program sebegini mampu memberi manfaat kepada beberapa ratus penduduk di sekitar kepulaun ini secara langsung dan tak langsung dengan adanya sokongan dan sumbangan ikhlas daripada setiap penginfaq Mihrab sebelum ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilakukan secara berterusan supaya mereka yang betul-betul daif di Sabah ini menerima bantuan dan peluang yang lebih baik di masa akan datang.
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐇𝐑𝐀𝐁: PERKEMBANGAN AGIHAN BANTUAN SET KELENGKAPAN JENAZAH (SEMPORNA, SABAH)
Pertubuhan Mihrab terpanggil untuk meringankan beban saudara seIslam kita di Sabah dalam menyempurnakan fardu kifayah dengan membantu menyediakan 𝐤𝐢𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐧𝐚𝐳𝐚𝐡 iaitu set kain saput (kafan) buat mereka yang tidak berkemampuan.
InsyaAllah Mihrab akan bekerjasama dengan Pengerusi Masjid As Salam iaitu ustaz Habib Faizal, Semporna untuk agihan set kain saput (kafan) di beberapa masjid di sekitar Semporna. Masjid As Salam antara masjid yang sangat aktif dalam memenuhi fardu kifayah umat islam disana. Malah penduduk-penduduk diluar kawasan juga turut mendapatkan khidmat daripada komuniti As salam ini. Semoga agihan set kain saput (kafan) ini dapat meringankan beban umat islam disana dalam memenuhi rukun dalam pengurusan jenazah iaitu, memandikan dan menkafankan jenazah
Keadaan di Semporna tidak sama di semenanjung. Tidak semua tempat masjidnya aktif, jadi bagi memastikan setiap sumbangan daripada para penginfaq dapat disempurnakan kami telah bertaawun (bekerjasama) dengan beberapa penggerak di Semporna untuk set kain kafan disana. antaranya Komuniti As salam dan Semporna Prihatin (pengerusi Ustaz Hassan). Semoga taawun (kerjasama) ini mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT untuk ummah secara umumnya.
Semoga dengan usaha membantu menyempurnakan fardu kifayah sebagai seorang Muslim terhadap mayat saudara Muslim yang lain menjadi asbab mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak.
𝟏𝟎𝟎 𝐤𝐢𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐧𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐚𝐠𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐨𝐫𝐧𝐚, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡.