ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 06, 2025

BERKONGSI UNTUK SOKONG KEHIDUPAN WARGA EMAS TERABAI

RM533 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bayangkan hidup bersendirian di usia tua tanpa anak di sisi, tanpa sesiapa yang menjaga, hanya ditemani kesunyian dan penderitaan yang tak bertepi. Jom bantu warga emas ini!


Itulah kenyataan yang dihadapi oleh sekurang-kurangnya 20 orang warga emas di sebuah kampung terpencil di Pulau Lombok. Mereka hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan. Rumah yang hampir roboh, pakaian yang lusuh, makanan yang tak tentu. Ramai antara mereka sudah terlalu uzur untuk bekerja, namun tetap berusaha mengutip kayu api, bertani kecil-kecilan, atau sekadar bergantung pada belas ihsan jiran tetangga.



Anak-anak mereka sudah lama merantau ke bandar mencari rezeki tetapi meninggalkan ibu bapa tua tanpa penjagaan. Keperitan dan kesunyian itu menjadi teman hidup mereka hampir setiap hari. Mereka bukan sahaja berjuang untuk makan, tetapi juga berjuang untuk terus hidup.



Ini bukan sekadar bantuan fizikal, ini adalah usaha kecil kita untuk menghadiahkan mereka sedikit ketenangan dan kebahagiaan di usia tua. Mereka pernah membesarkan anak-anak, bekerja keras demi keluarga. Kini tiba masa kita membalas jasa, walaupun bukan darah daging sendiri.



Ayuh bersama kita ringankan beban warga emas yang terpinggir ini. Semoga sedekah kita menjadi cahaya buat mereka dan ganjaran pahala yang berpanjangan buat kita.


"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sedia untuk bersama meringankan beban mereka?


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 09, 2025

NG HENG TIT

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 08, 2025

Kempen Sumbangan Tamat