Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM533 / 5.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Itulah kenyataan yang dihadapi oleh sekurang-kurangnya 20 orang warga emas di sebuah kampung terpencil di Pulau Lombok. Mereka hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan. Rumah yang hampir roboh, pakaian yang lusuh, makanan yang tak tentu. Ramai antara mereka sudah terlalu uzur untuk bekerja, namun tetap berusaha mengutip kayu api, bertani kecil-kecilan, atau sekadar bergantung pada belas ihsan jiran tetangga.

Anak-anak mereka sudah lama merantau ke bandar mencari rezeki tetapi meninggalkan ibu bapa tua tanpa penjagaan. Keperitan dan kesunyian itu menjadi teman hidup mereka hampir setiap hari. Mereka bukan sahaja berjuang untuk makan, tetapi juga berjuang untuk terus hidup.

Ini bukan sekadar bantuan fizikal, ini adalah usaha kecil kita untuk menghadiahkan mereka sedikit ketenangan dan kebahagiaan di usia tua. Mereka pernah membesarkan anak-anak, bekerja keras demi keluarga. Kini tiba masa kita membalas jasa, walaupun bukan darah daging sendiri.

Ayuh bersama kita ringankan beban warga emas yang terpinggir ini. Semoga sedekah kita menjadi cahaya buat mereka dan ganjaran pahala yang berpanjangan buat kita.
"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sedia untuk bersama meringankan beban mereka?
Jom #BuatBaik
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 06, 2025
HANIFF SHAZWANI KAYYISA
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 06, 2025