Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Hari ini PKPHS telah pun membawa 25 karton air mineral dan juga 10 kampit beras untuk warga kg sugud yang masih mengalami masalah bekalan air.
Moga bekalan air yang disumbangkan
sedikit sebanyak dapat bantu meringankan beban yang dihadapi.
Terima kasih sekali lagi kepada penyumbang sekalian, kerana masih menyokong dan bersama PKPHS.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Salam sejahtera saudara-saudari sekalian. Pihak PKPHS ingin maklum pada anda bahawa, nasib warga kg Sugud memang perit sekali, sebab semenjak banjir lumpur pada 15 September yang lalu. Setiap kali hujan, kg Sugud sentiasa banjir.... Kesian warga kg Sugud.
Hari ini hujan lebat lagi, dan kelihatan jalan raya kg sugud sudah pun naik arus air.
Mohon doakan supaya masalah banjir di Kg Sugud dapat diselesaikan. Diharap tugas memberi bantuan pada warga kg sugud dipermudahkan...
Ikhlas daripada,
PKPHS
Hari ini team PKPHS sempat turun ke Kg Sugud untuk memberi bekalan nasi kepada sukarelawan yang bertugas disitu, disamping juga menghantar bekalan air mineral untuk keluarga mangsa banjir kilat di Kg Sugud.
Untuk makluman, Kg Sugud masih memerlukan bantuan bekalan. Kelihatan disini bekalan yang ada pun sudah tidak banyak tinggal. Terutama sekali air mineral yang paling diperlukan di saat ini. Jadi diharap saudara saudari sekalian masih bersama PKPHS bantu hulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa banjir kilat di Kg Sugud ya.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Salam sejahtera kepada saudara dan saudari sekalian.
Hari ini Persatuan Kebajikan Pelita Harapan Sabah
(PKPHS) masih meneruskan misi menghantar bantuan bekalan kepada keluarga mangsa banjir di Kg Timpangoh dan Kg Manhansung, Sugud.
Usaha murni untuk terus membantu keluarga mangsa banjir tidak akan henti selagi PKPHS masih ada sokongan, dorongan dan bantuan derma ikhlas dari anda. Terima kasih diatas keprihatinan penyumbang sekalian, kerana masih bersama PKPHS !
ikhlas daripada,
PKPHS
Dari pagi hinggalah malam tidak henti memberi bantuan kepada keluarga mangsa banjir di Kg Sugud. Ini lah gambar terkini sukarelawan dan NGO PKPHS membawa tilam, selimut dan air mineral kepada mangsa banjir.
Kampung Sugud amat besar dan terletak di kawasan pedalaman. Ramai keluarga masih memerlukan bantuan bekalan dari dermawan, sebab sehingga hari ini, mereka tidak mempunyai air yang bersih untuk kegunaan harian. Mereka juga tidak ada bekalan elektrik. Dan hanya bergantung pada lilin untuk menyinari kegelapan. Amat menyedihkan dan berat mata memandang sehigga air mata mengalir apabila melihat keadaan mereka.
Wahai saudara dan saudari sekalian. Doakan segala urusan dipermudahkan. PKPHS sehingga hari ini, masih tidak henti membantu mereka.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Salam sejahtera saudara-saudari sekalian. Di sini PKPHS ingin berkongsi gambar terkini di kawasan Timpangoh dan Mahansung, Sugud. Keadaan situ masih berlumpur tebal dan ketika ini sukarelawan yang dikerah untuk bantu membersihkan jalan masuk kampung juga menghadapi banyak cabaran.
Tambahan lagi cuaca di Sabah tidak menentu juga melambatkan proses pembersihan. Apabila hujan lebat, lumpur dari tanah bukit mengalir turun tidak berhenti. Dan kerja pembersihan perlu dilakukan.
Banyak perlu diperbaik pulihkan. Disebabkan dahan, ranting kayu terlalu banyak menutupi jalan masuk ke kampung.
Saudara-saudari sekalian, mohon doakan kepada keluarga mangsa banjir agar semua pembaikpulih dipermudahkan. Tak lupa juga, moga team PKPHS dan sukarelawan terbabit dapat meneruskan usaha membantu orang kampung yang terjejas.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Hari ini, PKPHS mula memberi bantuan air mineral untuk mangsa banjir kg Sugud, bagi kawasan Timpangoh dan Mahansung. Saudara Jinilis, selaku wakil penerima bagi kedua-dua kawasan tersebut.
Disebabkan dana terhad pada masa kini, PKPHS akan memberi bantuan air mineral dan makanan secara berperingkat.
Doakan ya, semoga segala misi bantu keluarga mangsa banjir dipermudahkan.
Ikhlas daripada,
PKPHS