SEDEKAH JUMAAT AYAM SEGAR ASNAF DI HARI RAYA AIDILADHA

Dimulakan pada:
07 Jul, 2022
SEDEKAH JUMAAT AYAM SEGAR ASNAF DI HARI RAYA AIDILADHA
83.75%
RM3,350
/RM4,000
184
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Rezeki yang sama sama kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka
Assalamualaikum WBT. Jom kita menyumbang sedekah ayam segar untuk asnaf miskin dan yang memerlukan pada bulan ini. Semoga urusan kita dan amalan sedekah kita di bulan ini diterima oleh Allah. Berilah...
Rezeki yang sama sama kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka


Assalamualaikum WBT. Jom kita menyumbang sedekah ayam segar untuk asnaf miskin dan yang memerlukan pada bulan ini. Semoga urusan kita dan amalan sedekah kita di bulan ini diterima oleh Allah. Berilah kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan menjelang Aidiladha ini. Marilah kita bersama-sama mengejar kebaikan, yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan.



Ayuh, kita bantu mereka! Kami membuka peluang kepada para penyumbang dan penginfaq untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala dan kebaikan kerana memberikan kekenyangan dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan bagi menyumbang pembelian ayam segar untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: "Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya." - Riwayat Muslim.



Sumbangan akan terus diberikan kepada penduduk sekitar Kulai, Johor serta yang berdekatan. Dianggarkan lebih 100 ekor ayam akan diberikan kepada mereka yang memerlukan dengan satu rumah akan mendapat 2 ekor ayam untuk maksima (jika perlu). InshaAllah seramai 50 orang penerima manfaat untuk program ini yang terdiri dari anak yatim (kehilangan ibu atau ayah), asnaf dan ibu bapa tunggal.



Menerusi sedekah ayam ini, setiap keluarga ini dapat merasa dan memberikan keluarga mereka merasai nikmat rezeki menu berlaukkan ayam seperti mana keluarga-keluarga yang lain. Dalam rezeki kita sudah pastinya ada rezeki mereka yang memerlukan untuk sama-sama kita bantu. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan mulia ini.


Semoga dengan rezeki yang sama-sama kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka. Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245 yang bermaksud, “Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.



Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

09 Jul 2022

Baki sumbangan akan diserahkan pada 13 dan 14 Julai ini insyaallah kepada penerima yang berlainan.


Alhamdulilah.

09 Jul 2022

Alhamdulilah, pada 8 Julai 2022 dan pagi ini 9 Julai 2022 sebanyak 120 ekor ayam telah diagihkan kepada asnaf, miskin, anak yatim, oku, mereka yang tidak boleh bergerak (lumpuh) memandangkan Aidiladha bakal tiba ahad ini. Penyerahan telah diagihkan ke 3 tempat iaitu di Kg Sri Paya, Taman Manis dan kg berdekatan. Semuanya bertempat di Kulai, Johor.


RM 9.50 X 244.23


RM 2320.00


Terima kasih kepada penyumbang budiman.


Sebahagian gambar penerima dilampirkan.



Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 15, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

KENYANGKAN PERUT CERAHKAN MASA DEPAN ANAK ANAK TAHFIZ DAN MADRASAH
HILANGKAN LAPAR DAN DAHAGA PARA PELAJAR TAHFIZ QURAN ASNAF
MENYANTUNI PELAJAR TAHFIZ MELALUI BANTUAN BAHAN MENTAH
INFAQ PEMBINAAN SURAU PONDOK WARGA EMAS TARBIAH AL UMMAH
1 BATU BATA 1000 HARAPAN BINA MASJID UNTUK UMMAH
Kempen Sumbangan Tamat